Katanya Kiri Pegang Taik…

Dah lama bertahun-tahun sebenarnya aku buat orientasi macam ni — sapu tangan dan/atau henpon mesti aku simpan dalam poket seluar sebelah kiri dan bukan kanan. Selain daripada dua benda tu aku tak kisah letak dalam poket kiri atau kanan. Tu kata aku kepada saudara sorang ni semasa sama-sama makan tengah hari kat kedai apa nama entah. Aku bagi tau pun sebab dia tegur kenapa poket seluar kiri aku nampak kembung sangat.

“Makruh!” kata saudara ni. “Sunat buat sesuatu dengan tangan kanan. Tangan kiri ni untuk pegang taik aje! Kalau makan, memang sunat sesangat guna tangan kanan. Mesti guna tangan. Jangan guna sudu garpu. Macam kau guna sudu garpu sekarang untuk makan, sayang sangat sebab rugi pahala sunat. Guna tangan kanan untuk makan. Tangan kiri buat pegang taik je…”

Beristinja’ le tu…

“Simpan henpon dalam poket seluar kanan supaya kita capai dengan tangan kanan,” kata saudara tu lagi.

Tetiba dia macam terencat sikit macam terkena renjatan elektrik. Apa hal dia ni? Kena gigit semut? Lepas tu dia terkial-kial sambil tangan dia yang dah penuh dengan bekas nasi, gulai lemak labu, sambal petai ikan bilis dan aku agak sikit-sikit sambal belacan tu sesekejap terhayun ke sana ke mari sambil kepala dan badan dia terpusing-pusing.

“Tolong aku jap,” saudara tu minta kat kawan yang duduk sebelah kanan dia. “Tolong capaikan henpon aku dalam poket seluar aku ni…”

Oh… henpon yang berada dalam poket kanan seluar dia tu bergetar-getar semasa dia sedang makan nasi menggunakan tangan kanan dengan lauk berlonggok dalam pinggan.

16 Respons to “Katanya Kiri Pegang Taik…”

  1. dan gua terbahak bahak ketawa ketika membaca cerita ini

    • Sungguh ironi, kan? Kan? Eheks… Sebenarnya wa mula letak henpon dalam casing kat belt atau, kalau takde casing, dalam poket kiri, sebab wa dah pernah lalui apa yang saudara sorang tu lalui masa tu…

  2. HAHAHHAHAH bergetar aku. Takkan tangan kiri pegang taik je bro.

  3. pada hemat saya, banyak yang boleh ditakrif dari entri ini.
    1. sinikal
    2. humor
    3. jemputan berfikir (to me, this is the kicker!)
    apapun, lihatlah kejadian itu sebagai “hidayah cash” dari tuhan.
    sekian, wabila hi taufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatukh.

    (hari ini hari jumaat).

  4. ermm..kalu yg cakap tu awek terpaksa ko seluk poket seluar dia..ekeke..

  5. nasib baik kantung poket dia tak da koyak… tak pasal2 tangan lu terpegang anu dia..HANGAT!

    secara jujurnya.. gua meleleh air mata tika membaca post lu kali ni.. mampu membunuh!

    • Tak tau koyak ke tak sebab bukan wa yang terpaksa seluk poket dia. Tapi sejujurnya wa takkan mahu tolong seluk kalau dia suruh wa buat! Ekekekekkekeke…

  6. tangan kiri and tangan kanan sama saiz, gunakan utk kebaikan laaa…hehehe…memang la elok guna tangan kanan, tapi tuhan ada ke suruh kita susahkan diri sendiri?

    hehehe…xleh bayang mamat tu berpusing2 nak capai tepon…

  7. lempang guna dua2 belah jek…x cukup ,kasi flying kick arse…

  8. YUSOF OTHMAN Says:

    APA YANG DAPAT SAYA BELAJAR DARI SINI YE…. RASANYA TAKDE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: