Arkib untuk 20 Mac 2011

Mentimun

Posted in Pendidikan, Sosial on 20 Mac 2011 by Najwa Aiman

Ni bukan lanjutan kisah forum di IPTA hari tu tentang Jack Maestro tau. Ni tentang rungutan lazim pekerja kat mana-mana kompeni bahkan jabatan kerajaan pun. Tentang bos.

Unfortunately, bos bukan diundi oleh pekerja. Bos dipilih oleh Syarikat. Maka dia akan berkhidmat untuk syarikat, dan bukan untuk pekerja, walaupun job description dia tu nampak macam dia kena berkhidmat untuk pekerja. Tu auta saja. Dalam segala hal pun syarikat nak dia berkhidmat untuk syarikat gak akhirnya… eheks…

Maka kalau berani, gunakanlah probationary period tu untuk menilai bos. Macam interview juga, probationary period pun sebenarnya ialah mekanisma penilaian dua hala. Bezanya kali ni, pekerja tak ada kuasa nak tukar bos. Kalau suka, teruskan usaha sampai kompem. Kalau tak suka, tapi berani melawan, suka hatilah nak buat apa pun.

Memang sebenarnya pekerjaan tu ibarat perkahwinan. Ada yang serasi. Ada yang nahas. Dan lelaki belum tentu semestinya bos. Dan perempuan tak semestinya di bawah… So… Good Luck…!