Arkib untuk 25 Mac 2011

Datuk

Posted in Budaya, Estetika, Hiburan, Sosial on 25 Mac 2011 by Najwa Aiman

Sifu M. Nasir dapat anugerah ‘Datuk’ daripada Sultan Pahang. Lepas ni Datuk M. Nasir. Gelaran ‘Sifu’ masih maintain ke tak? Sifu tetap Sifu beb… kan? Seandainya gelaran ‘Datuk’ sesuatu yang amat bernilai tinggi, maka pendapat peribadi aku yang bias dan berat sebelah sebab aku sememangnya pemuja M. Nasir, sesungguhnya M. Nasir berhak dapat gelaran tu. Sekurang-kurangnya dapat anugerah tu semasa masih berhayat. Kalau tak nanti senasib dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee… adoi laaa…

Sesetengah orang memang tak mahu gelaran ‘Datuk’ ni tapi dah baginda Sultan nak bagi, kenalah ambil juga. Sesetengah orang berebut-rebut nak, lagi-lagi kalau dia tu kepala kompeni GLC. Tak kiralah kompeni apa pun, kan? Kenapa ya kebanyakan orang nak sangat gelaran ‘Datuk’ ni ek? Aku tau sorang kepala kompeni yang dulu tak ada gelaran ‘Datuk’. Bebaru ni dia dapat gelaran tu. Memang betullah gelaran ‘Datuk’ tu bawa perubahan kepada orangnya. Memang dia berubah sejak dapat ‘Datuk’. Dulu dia kepala kompeni yang besar. Sekarang dia kepala yang besar sementara kompeni dia makin nak jadi kecil… Kepala… kepala…

p/s: Lisa Surihani akan dapat gelaran gak ke? Kalau nak dapat pun, biarlah Datuk atau Tan Sri… tapi janganlah Datin atau Puan Sri…!!! Aiyaaarrrkkk…! Tidaaakkk…!!!