Ikut Apa…?

“Kita biorkan microphone aje terpasang. Selain daripada tu kita tutup. Alah… sejam aje,” kata aku.

“Ate… nak sembahyang dalam gelap?” kata dia.

“Saya ada bawa 100 kotak lilin dengan kakinya. Ada kat bawah tu ha. Saya sponsor. Kita bawa naik sekarang dan pasang sebelum Earth Hour mula.”

“Kau ni memang tak ada kerja lain!” dia marah. “Sesat! Nak mengikut sangat perangai dan kempen orang Yahudi tu! Dema suruh padam lampu sejam, kome pun terhegeh-hegeh nak ngikut padam lampu sejam. Dema suruh terjun lubuk pun kome ikut aje ya? Dah! Toksah kamu nak mendesak kami ni semua mengikut kempen Yahudi tu! Bergelap sejam dalam masjid ni apa ke jadahnya? Nak suruh kami sembahyang Isya guna lilin aje? Apa kome tak tau tu sesat? Sesat!”

“Kenapa sesat?” aku tanya.

“Mengikut style gereja! Kome orang muda ilmu agama cetek! Dalam gereja tu dema pasang lilin! Kome nak suruh kita buat gitu jugak dalam masjid ni? Mengikut cara orang Kristian begitu kome ingat hukumnya apa? Sesat! Sesat! Haram!”

“Dalam gereja pun dia orang pasang lampu elektrik jugak,” aku kata. “Dalam kuil dan tokong pun. Tapi yang mulakan dulu, gereja le sebab yang jumpa tenaga letrik ni orang dema.”

Mata dia bulat.

“Masjid kita pun ikut pasang lampu letrik juga nampaknya…”

18 Respons to “Ikut Apa…?”

  1. same kes la.. anti yahudi konon..
    ring..ring ring… henpon NOKIAnya berbunyi…

    • …Yang terletak di dalam poket jubah hitam yang menyarung baju putih. Errr… Wa tau baju di sebalik jubah hitam tu warna putih sebab nampak kat bahagiab depan kolar cheongsam jubah tu…

  2. err pasang lilin tu tk memanaskan bumi mcm lampu ek?😀 .. n tkde asap mcm kita bakar sampah kan?..

  3. earth day….coti umum tak?

    kalu tak gua tak sambut

  4. suruh le dia pakai le lampu gas, toksah guna lilin.

  5. cetek. singkat. dangkal.

  6. Aku kat PD bila earth hour berlaku. Confirm aku padam lampu pukul 8 dah gelap. Anak nak tidur

  7. -sesungguhnya yahudi itu akan cuba menyesatkan kita-

    petikan dari wall Facebook seseorang….

  8. hehehe…tapi tru facebook jugak la kerajaan mesir tumbang…camna tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: