Datuk Sifu Tu Melayu
Kenapa aku teramat respek Datuk Sifu M. Nasir? Memanglah bukan sebab personalitinya, tapi sebab apa yang telah dia buat. Macam-macam dia dah buat. Dan oleh kerana kita belajar apa yang kita belajar, maka antara apa yang aku belajar daripada beliau ialah untuk kenal lagu irama Melayu. Biarpun dah dimodenkan. Daripada aku jenis yang semasa zaman belum baligh dulu cukup menyampah dengar lagu tradisi Melayu sampai boleh blah dari depan TV bila tersiar dalam filem Melayu, sehingga aku jadi tertarik dan nak amati irama dan lirik setiap lagu Melayu yang tersiar. Terima kasih kepada dua sifu besar — Tan Sri Allahyarham P. Ramlee dan… Datuk Sifu M. Nasir.
Maceh Tan Sri Seniman Agung dan Datuk Sifu! Maceh kerana memancang umbiku kembali ke bumi Melayu!
p/s: Datuk Sifu… sowi sebab terpaksa curi lagu ni dari web tu… Tak reti camne nak masukkan lagu dari kaset ori yang ada ni dalam bentuk audio je ke sini… Betullah! Memang ada kaset ori ni… cet…!
27 Mac 2011 pada 10:05 PM
ke pasal umur dah meningkat remaja ni lu dah mula minat lagu lagu macam ni?
27 Mac 2011 pada 10:09 PM
Cet… Wa dah minat lagu ni sejak zaman persetubuihan haram lagi weh…! Ciszzz…
28 Mac 2011 pada 11:19 AM
sekarang dah tak de persetubuhan haram lagi ke…ekeke…
28 Mac 2011 pada 11:22 AM
Sekarang semuanya yang halal belaka bro… cet…!
28 Mac 2011 pada 11:32 AM
ini antara orang yang gua nantikan untuk dapat Datuk. ingatkan dia dulu dapat sebelum siti nurhaliza (uhuk)
28 Mac 2011 pada 12:24 PM
Siti warga negara sejak asal… Datuk Sifu datang kemudian… ekekekekekeke…
28 Mac 2011 pada 12:04 PM
Leceh la banyak sangat datuk, dato’, ds, tun. Nasib baik aku tak bersembang dgn dorang2. tapi aku paling seronok bila main gold dgn datuk, dato’ tan sri dan ds sebab sebelum main panggil gelaran….sampai lubang ke 2 dah panggil….keras sikit bro, jatuh gelaran kpd bro je.
28 Mac 2011 pada 12:05 PM
bukan gold tapi golf atau golop kata orang Indonesia
28 Mac 2011 pada 12:22 PM
Dah agak dah ada typo tadi. “F” dengan “D” sebelah-sebelah je kan… ekekekekeke…
28 Mac 2011 pada 12:23 PM
Yup… sorang sahabat di sebuah kompeni konglomerat besar kata sekarang ni kat kompeni dia berlambak-lambak Datuk sejak tahun 2006 hari tu. Berlaga lutut dan bahu pun asyik dengan Datuk je. Dah rasa macam tak ada nilai pulok…. isy isy isy…
28 Mac 2011 pada 3:03 PM
tu datuk ke atok?
28 Mac 2011 pada 3:36 PM
Antara mereka tu memang kedua-dua Datuk dan atok… yang mempunyai gundik… aharks…!