Arkib untuk April, 2011

Kawasan Untuk Siapa?

Posted in Quips on 29 April 2011 by Najwa Aiman

Lados. Smoko. Sap kok. Apa-apa je laaa… asalkan at the designated areas only! Ekekekekeke… Errr… maknanya kedua-dua tapak kaki mesti berada dalam lingkungan designated area laaa… Anatomi lain? Hmmm… entah… boleh kut anatomi lain berada di luar lingkungan kawasan merokok, kan? Apa pasal pula tak boleh? Asap rokok pun boleh ke mana-mana kawasan sama ada merokok atau tak, inikan pula anatomi manusia kan? Bukan ke? Ke?

Nama Ada Apa-Apa

Posted in Kapitalis, Semasa, Teknologi on 26 April 2011 by Najwa Aiman

Syarikat perkapalan kebanggaan Malaysia — MISC — banyak beli bahtera baru sekarang ni. April bebaru ni satu lagi bahtera tiba dari Korea. Kategori chemical tanker 45k dwt. Kapal MISC memang guna nama bunga, dan yang ni diberi nama Bunga Begonia.

Kalau lu orang guna kereta Hyundai atau Kia tu, samalah konsepnya dengan kapal-kapal MISC. Apa jadi dengan PSC Industries Berhad yang dulu ada anak syarikat di Lumut yang bina kapal tu ek? Dalam tahun 2006 kalau tak silap aku, syarikat tu dah diambil alih oleh Boustead Holdings dan diletakkan di bawah anak syarikatnya Boustead Heavy Industries Corporation. Dulu dia orang bina kapal perang. Dan sebab kapal perang untuk kegunaan TLDM, maka tak sajak langsunglah kalau bagi nama bunga, kan? Takkan Bunga Kekwa nak angkut meriam dan peluru puluhan tan ke laut buat tembak kapal lain? Kenalah letak nama pahlawan — KD Hang Tuah ke, KD Hang Lekir ke, KD Tok Janggut ke, KD Lt. Adnan ke… By the way, “KD” tu tak ada kena mengena dengan ‘Kris Dayanti’ okey! May be suatu hari nanti BHIC akan bina kapal komersil untuk kegunaan Malaysia pula kut…? Lepas tu boleh export. InsyaAllah…

Kalau kau orang beli kapal atau bot, kau orang akan letak nama apa? Bunga juga? Atau pokok? Nama orang? Spesis kucing? Nama taufan macam El-Nino, El-Nina, Tsunami bla bla bla…?

Kalau Dia Yang Kejutkan Bini Untuk Berjimak Pula?

Posted in Bodoh, Fiqh, Islam, Sosial on 25 April 2011 by Najwa Aiman

Jarang baca paper sekarang, termasuk Harian Metro, tapi tadi terpandang berita yang amat menyedihkan ni—

Marah kejut solat Subuh
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh…

…“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat….

Ada ketikanya memang Permaisuri beta yang kejutkan pada waktu pagi dan sesekali waktu petang pun ada juga, untuk bersolat. Tapi kerapnya aku yang kejutkan dia pada tengah-tengah malam buta. Errr… bukan untuk bersolat le… But still masih untuk tujuan ibadat le juga weh… Aharks!

Bila Permaisuri kejutkan aku suruh bersolat, seingat aku tak pernah le aku marah dia. Cuma ada ketikanya bila aku kejutkan dia di tengah malam buta untuk tujuan ‘ibadat’ tu, dia taklah marah, cuma dia sengih senyum tapi mata terus pejam walaupun lengan mendepa nak menerima dakapan. Dia letihlah tu… Pun aku tak marah dia gak. Dan tak adalah pula aku beribadat sendirian… Aku lena balik je laaaa… Mana nak lazat kalau ‘beribadat’ dengan orang yang letih kan? Dan kuranglah afdhal kalau beribadat bukan secara berjemaah kan?

Lu fikirlah sendiri beb… Anyways, rasa macam berani gerenti — Harian Metro esok lu baca mesti ada temu ramah dengan tokoh agama dan masyarakat tentang berita kat atas tu. Mesti ada punyalah! Nak bet? Errr… kena marah tak kalau betting ni…?

Bila Dikurniakan…

Posted in Islam on 25 April 2011 by Najwa Aiman

Ibarat memberi hadiah mesin jahit. Si Penerimanya menjahit dengan mesin jahit tu dan beri hasil jahitan yang bagus dan bermutu sebagai hadiah kepada Si Pemberi, Si Pemberi akan suka. Kalau Si Pemberi lihat Si Penerima menjaga dengan baik mesin jahit tu — dijaga, dicuci, dilap, dibungkus, dibaikpulih dan diupgrade sehingga mesin jahit tu jadi lebih baik daripada keadaan asalnya, Si Pemberi akan lebih suka. Hasil jahitan dan cara Si Penerima menjaga mesin jahit tu akan jadi faktor yang memungkinkan Si Pemberi memberi hadiah mesin jahit yang jauh lebih canggih kepada Si Penerima pada masa akan datang. Tak gitu?

“Back with a Vengeance”

Posted in Puisi on 23 April 2011 by Najwa Aiman


Lembaran Sejarah Berdarah

Posted in Puisi on 21 April 2011 by Najwa Aiman


Boleh Pandang-Pandang…

Posted in Bebel, Bencana, Sosial, Teknologi on 19 April 2011 by Najwa Aiman

Tok-tok guru dah pesan sejak dulu — kejar akhirat, bukan kejar dunia. Kalau tak nanti musnah akibatnya. Disebabkan kejar dunia sangat, maka insan pun cipta teknologi canggih teramat. Zaman ni phone calls dah makin tak relevan, kan? Sesak dah talian dengan social web dan instant messages. Lebih merah, cepat dan lebih efektif sebab dalam bentuk tulisan dan bukan lisan. Berhubung sama laki bini yang terpisah jauh pun guna social web. Tak main phone calls lagi dah. Boleh terus hantar mesej, emel sekali dengan gambar dan video pun. Semua teknologi ni sebab manusia dah tak ada kesempatan nak cari masa yang sama-sama available untuk phone calls buat sembang bersama-sama.

Dan bila insan saling tersisih dari jemaah, sampai laki bini pun dah jarang berjemaah apatah lagi berjimak, dah semakin terang lagi nyatalah betapa benarnya kata-kata tok-tok guru tu…