Arkib untuk 9 April 2011

Bongok Holdings Berhad 2

Posted in Bencana, Bodoh, Ekonomi, Kapitalis, Semasa on 9 April 2011 by Najwa Aiman

Hospital swasta yang satu ni semakin buruk dan teruk khidmatnya sejak diambil alih sepenuhnya oleh Bongok Holdings Bhd. Tapi kadar caj yang dikenakan makin tinggi pula. Waktu menunggu rawatan mengalahkan hospital kerajaan yang kini dah semakin efisien. Terbalik. Memang betullah Bongok Holdings ni menongkah arus — orang lain pergi ke depan, dia gostan ke belakang… in full speed pula tu… adoi laaa…

Aku akan buat apa yang kebanyakan kompeni lain dah buat — membatalkan hospital ni dari senarai panel kompeni aku. Sesetengah kompeni menyenaraihitamkan nama-nama beberapa doktor tertentu hospital ni pun ada. Mana-mana pekerjanya yang mendapat khidmat doktor yang disenaraihitam tu takkan ditanggung perbelanjaan perubatannya oleh kompeni.

Dan golongan bongok-bongok di Bongok Holdings terus syok sendiri — menyangka group of companies dia tu masih unggul lagi tersohor. Yup… memang bakal unggul dan tersohor — sebagai kompeni yang diuruskan oleh golongan paling bangang dalam cakerawala zaman kini.

Bongok Holdings Berhad

Posted in Bodoh, Ekonomi, Kapitalis, Semasa on 9 April 2011 by Najwa Aiman

Tak berapa lama dulu dalam sebuah forum dengan golongan korporat, timbul isu “corporate branding” yang dibuat dek sebuah kompeni gergasi Malaysia. Begitu amat taksub dan riaknya dia orang dengan identiti kompeni sendiri, dipaksanya semua anak syarikat standardize “brand” korporat. Beberapa anak syarikat lain yang dulu sikit aje sahamnya, dibeli habis semua dan dipaksa standardize juga. Kos ditanggung oleh anak syarikat.

Suka benar golongan perut besar tapi kepala otak kecil di holding company tu tengok logo dia orang di merata-rata pelosok dan di atas stationery. Sekarang holding company tu paksa anak-anak syarikatnya keluarkan duit lagi untuk tempah pen, pen holder, mangkuk untuk letak pen, bla bla bla… semuanya mesti ikut standard corporate yang ditetapkan.

Selain tu diterapkan pula sistem yang datang daripada holding company untuk mengganti semua sistem yang selama ni digunapakai dengan jayanya oleh anak-anak syarikat tu. Prosedur, proses, dokumentasi, bla bla bla… semuanya diubah ikut kehendak dan kepala golongan otak kecil di holding company yang tak tahu apa-apa tentang perincian operasi anak-anak syarikat yang pelbagai industri tu.

Bongok? Tak juga… Bongok wal bangang al bahalul sebenarnya. Golongan yang tak belajar daripada pengalaman lalu memang begitulah. Nak belajar apa kalau otak kecil. Entah-entah memang tak ada otak. Dulu kompeni gergasi ni pernah take over sebuah bank sedangkan dia tak pernah ada bisnes banking. Perangai yang sama juga, dipaksanya bank tu ubah segala-galanya ikut kehendak holding company yang tak tau apa-apa tentang banking. Akhirnya bank tu terkubur sampai tak bernesan. Tu dulu. Bertahun dulu. Dan sekarang dia buat balik perangai bongok yang sama. Kali ni hospital pula.

Biarlah dia ubah semua proses dan prosedur hospital tu. Kebanyakan pesakit pun dah lari pergi hospital lain walaupun bangunan dan hiasan hospital tu dah makin cantik. Prosedur khidmat rawatan hospital tu terpaksa ikut kehendak holding company yang tak tahu apa-apa tentang hospital. Suatu hari nanti golongan bongok dari holdoing company tu akan masuk hospital tu sebab sakit nak mampus, dan prosedur yang dia orang anjurkan tu yang akan digunakan untuk merawat dia orang.

Mudah-mudahan umur dia orang panjang…