Bongok Holdings Berhad

Tak berapa lama dulu dalam sebuah forum dengan golongan korporat, timbul isu “corporate branding” yang dibuat dek sebuah kompeni gergasi Malaysia. Begitu amat taksub dan riaknya dia orang dengan identiti kompeni sendiri, dipaksanya semua anak syarikat standardize “brand” korporat. Beberapa anak syarikat lain yang dulu sikit aje sahamnya, dibeli habis semua dan dipaksa standardize juga. Kos ditanggung oleh anak syarikat.

Suka benar golongan perut besar tapi kepala otak kecil di holding company tu tengok logo dia orang di merata-rata pelosok dan di atas stationery. Sekarang holding company tu paksa anak-anak syarikatnya keluarkan duit lagi untuk tempah pen, pen holder, mangkuk untuk letak pen, bla bla bla… semuanya mesti ikut standard corporate yang ditetapkan.

Selain tu diterapkan pula sistem yang datang daripada holding company untuk mengganti semua sistem yang selama ni digunapakai dengan jayanya oleh anak-anak syarikat tu. Prosedur, proses, dokumentasi, bla bla bla… semuanya diubah ikut kehendak dan kepala golongan otak kecil di holding company yang tak tahu apa-apa tentang perincian operasi anak-anak syarikat yang pelbagai industri tu.

Bongok? Tak juga… Bongok wal bangang al bahalul sebenarnya. Golongan yang tak belajar daripada pengalaman lalu memang begitulah. Nak belajar apa kalau otak kecil. Entah-entah memang tak ada otak. Dulu kompeni gergasi ni pernah take over sebuah bank sedangkan dia tak pernah ada bisnes banking. Perangai yang sama juga, dipaksanya bank tu ubah segala-galanya ikut kehendak holding company yang tak tau apa-apa tentang banking. Akhirnya bank tu terkubur sampai tak bernesan. Tu dulu. Bertahun dulu. Dan sekarang dia buat balik perangai bongok yang sama. Kali ni hospital pula.

Biarlah dia ubah semua proses dan prosedur hospital tu. Kebanyakan pesakit pun dah lari pergi hospital lain walaupun bangunan dan hiasan hospital tu dah makin cantik. Prosedur khidmat rawatan hospital tu terpaksa ikut kehendak holding company yang tak tahu apa-apa tentang hospital. Suatu hari nanti golongan bongok dari holdoing company tu akan masuk hospital tu sebab sakit nak mampus, dan prosedur yang dia orang anjurkan tu yang akan digunakan untuk merawat dia orang.

Mudah-mudahan umur dia orang panjang…

6 Respons to “Bongok Holdings Berhad”

  1. mudah mudaham…..

    harap dia susah susahan….. padan muka dia

    • Sebenarnya idok le teman berharap sampai gitu… Yang teman harapkan bior le dema tau betapa yang dema buat tu nyusahkan orang lain dan dema pun bertindak pantas membetoikan keadaannye…

      Ngape teman cakap Perak nih…?

  2. ni marah sangat bunyinya. Semua duit beb. Term2 yang digunakan menyebabkan orang keliru dan kononnya untuk standard tinggi

  3. bro, ini semua ada kepentingan peribadi. siapa yg dpt tender supply stationary, siapa yg dapat tender buat billboard, siapa yg dapat tender itu dan ini. semua utk masukkan kat poket sendiri.

    • Yup… memang pun… Depa semua kat atas tu tak cukup gaji sampai setengah juta sebulan. Bukannya nak fikir macam mana nak majukan kompeni dan sekali gus taraf hidup pekerja, ke lain perginya… Bila kita propose, tak boleh jalan sebab tak ada masyuuuukkk… Haram jadah betul…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: