Arkib untuk 10 April 2011

Kencing

Posted in Bencana, Islam, Kapitalis on 10 April 2011 by Najwa Aiman

Terima kasih atas segala kemudahan dan prasarana. Memang betul semua ni tak materialize kalau tak ada duit. Sebab tu Ketua Gomen sejak dua tiga dekad lepas sibuk suruh kita kerja keras cari duit. Bila kita banyak duit maka gomen boleh cukai kita lebih banyak supaya gomen pun banyak duit. Bila gomen banyak duit gomen boleh buat semua kemudahan dan prasarana tu, lantas bertambah lagi kontraktor yang dapat buat banyak duit. Bila semua kemudahan dan prasarana tu dah siap, maka gomen akan swastakan semua tu, membolehkan golongan bisnes dan kapitalis buat lebih banyak duit untuk beri cukai yang lebih banyak kepada gomen. Bila swasta dah ambil alih prasarana tu, maka bila kita nak gunakannya kita kena bayar dari saki-baki duit kita yang tinggal selepas ditolak cukai kepada gomen untuk bina prasarana tu in the first place, walaupun sekadar nak masuk sekejap untuk hembus hingus kat sinki…

Ramai sudah yang ditemui begitu sajak dengan budaya ni, tapi semakin hanyut dari dunia abadi yang menjadi destinasi kita semua nanti…