Arkib untuk 12 April 2011

Boleh Tawar Ikan Air Tawar?

Posted in Santap on 12 April 2011 by Najwa Aiman

Pagi tadi dengar kat radio, lepas tu baca kat Berita harian Online

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
2011/04/11

TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini. “Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260…

Nelayan kaya tak? Atau tauke restoran? Penternak ikan? Kaki pancing? Tukang makan…? Orang Pahang memang kaya-raya… Datuk Siti Nurhaliza misalnya… Dulu aku ada bela tiga ekor ikan patin dalam akuarium. Cepat bebenor membesarnya sampai akaurium pun dah tak muat. Bagi kat jiran. Dia buat lauk.