Boleh Tawar Ikan Air Tawar?

Pagi tadi dengar kat radio, lepas tu baca kat Berita harian Online

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
2011/04/11

TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini. “Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260…

Nelayan kaya tak? Atau tauke restoran? Penternak ikan? Kaki pancing? Tukang makan…? Orang Pahang memang kaya-raya… Datuk Siti Nurhaliza misalnya… Dulu aku ada bela tiga ekor ikan patin dalam akuarium. Cepat bebenor membesarnya sampai akaurium pun dah tak muat. Bagi kat jiran. Dia buat lauk.

14 Respons to “Boleh Tawar Ikan Air Tawar?”

  1. Dia tak cerita kot….ni mesti ‘no hand restaurant’ macam kat Thailand. Gundek2 tukang suapkan tu la mahal

  2. ni ikan patin gen paling bijak.. ni tu yang mahal…

  3. “dengan ini saya meletak jawatan saya dan akan menjadi nelayan di sungai Pahang” sambil menerajang pintu ofis….

  4. Restoren ni ada bro, tapi aku tak tau kat mana. Jiran aku pernah cerita dia makan 3 org kena 3 ratus lebih. Lepas tu dia pegi lagi sbb katanya sedap dan nak entertain client. Tapi dia kata kalau kena bayo senderi tak berbaloi. Dia citer masa dia pergi tu ada cina tapau makanan 2 bungkus kecik, dia dengar casher tu cakap herge rm480. cina tu dengan machonya bayar.

    soklan. tak de tanda harga ke pada menu?

  5. hehehee…dulu yang pasal kepala ikan tongkol pun kena saman sebab x letak tanda harga jek… tapi glemer nak mam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: