Arkib untuk 13 April 2011

Mari Dotdotdot Dotdotdot Sebenar Dotdotdot

Posted in Hiburan on 13 April 2011 by Najwa Aiman

Rasanya ni bukan pertama kali, kan? Sebelum ni pun perkataan dalam judul filem kena sensored. Hasil kompromi digantikan perkataan tu dengan dotdotdot yakni “…”. Lantas terhasillah ‘Perempuan Isteri dan…’. Dotdotdot = ‘Jalang’. Sekarang ada filem ‘…dalam Botol’. Dotdotdot = ‘Anu’. Apa anu? Alah… anu tu… mende anu tu… si anu… alah… anu tu laaa…

Maknanya kalau perkataan dalam judul filem tu dianggap tak menepati piawaian mentaliti LPFM, tapi penerbit insist nak maintain identiti judul, maka komprominya ialah dotdotdot. Menarik gak tu… Kalau novel, siapa yang sensor ek? Boleh tak guna pendekatan ni gak? Aku dah ada banyak cerita yang boleh terhasil ni, tapi judulnya terpaksa didotdotdotkan macam judul filem demi menghormati kebijaksanaan dan kesopanan tahap dewa para pegawai tapis—

  • …ku Kehangatan
  • Jangan … …ku Itu!
  • Tidak Sebesar …nya
  • Dia …ku
  • Antara … Kau dan … Aku
  • Kita Ber…
  • Rinduku Me… …mu
  • … … … …

Perghh…! Ilhamku mencurah-curah tetiba…! Ni yang rasa nak …dotdotdot… nih!