Mari Dotdotdot Dotdotdot Sebenar Dotdotdot

Rasanya ni bukan pertama kali, kan? Sebelum ni pun perkataan dalam judul filem kena sensored. Hasil kompromi digantikan perkataan tu dengan dotdotdot yakni “…”. Lantas terhasillah ‘Perempuan Isteri dan…’. Dotdotdot = ‘Jalang’. Sekarang ada filem ‘…dalam Botol’. Dotdotdot = ‘Anu’. Apa anu? Alah… anu tu… mende anu tu… si anu… alah… anu tu laaa…

Maknanya kalau perkataan dalam judul filem tu dianggap tak menepati piawaian mentaliti LPFM, tapi penerbit insist nak maintain identiti judul, maka komprominya ialah dotdotdot. Menarik gak tu… Kalau novel, siapa yang sensor ek? Boleh tak guna pendekatan ni gak? Aku dah ada banyak cerita yang boleh terhasil ni, tapi judulnya terpaksa didotdotdotkan macam judul filem demi menghormati kebijaksanaan dan kesopanan tahap dewa para pegawai tapis—

  • …ku Kehangatan
  • Jangan … …ku Itu!
  • Tidak Sebesar …nya
  • Dia …ku
  • Antara … Kau dan … Aku
  • Kita Ber…
  • Rinduku Me… …mu
  • … … … …

Perghh…! Ilhamku mencurah-curah tetiba…! Ni yang rasa nak …dotdotdot… nih!

10 Respons to “Mari Dotdotdot Dotdotdot Sebenar Dotdotdot”

  1. nanti gua buat satu post yang penuh dengan dot dot dot….nak tak?

  2. dot dot dot memang refer perempuan dan perkakasnya beb. Dotter and dotty. Bridget Bar…dot,

  3. perkataan anu dan jalang tu bukan ada dalam kamus ke?
    kalau ada, maknanya ia berdaftar dengan rasmi.
    apabila berdaftar dengan rasmi, maknanya ia boleh digunakan.
    apa yang taboo sangat saya pun tak tahu.
    the kicker: walaupun dia letak dotdotdot, satu malaysia dah tau melalui media amende perkataan yang ditapis tu, kan?
    lucu? yes.

  4. kehkehkeh… dot..dot dot sungguh entry kali ni kekhkehekhekh.. dot…dot…

  5. apa kau cakap haaaa…..
    kau jangan main-main haaaa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: