Arkib untuk 14 April 2011

Cempedak Atau Nangka…?

Posted in Pendidikan, Santap on 14 April 2011 by Najwa Aiman

Dalam Facebook pun aku letak benda ni. Sampai sekarang aku memang tak reti nak bezakan cempedak dengan nangka. Ni buah apa sebenarnya ek…?

Anyways, kata Ira sahabat beta di Facebook, buah nangka duri di kulitnya tajam-tajam. Buah cempedak pula duri di kulitnya besar-besar dan tak tajam sangat. Sahabat-sahabat lain suruh k0pek dulu dan tengk isinya baru boleh kompem cempedak atau nangka. Wallaweh…! Kalau masa tu aku nak beli cempedak kat kedai yang jual dua-dua buah ni, mahu ke tauke kedai tu bagi aku kopek sebelum decide nak beli ke tak? Cet…! Sahabat lain pula kata sekarang dah ada klon cempedak nangka. ‘Daka’ namanya… Betul ke ni…? Macam duku, dokong dengan langsat le ni ek…?

Apa-apa hal pun, nanti aku kopeklah bila dah cukup ranum nanti. Kalau cempedak, aku bancuh tepung lazat buat goreng. Kalau nangka, aku buat gulai, atau bak kata Ira, buat pengat. Pengat? Ni first time. Nanti nak tanya Ira resepinya.

Tak Memilih

Posted in Bencana, Hiburan, Perubatan on 14 April 2011 by Najwa Aiman

Pagi tadi dengar kat radio tentang suami kepada bekas kekasih beta. Katanya Michael Douglas sedang menjalani rawatan kanser. Kanser apa ek? Pada masa yang sama, isteri dia, bekas kekasih beta tu — Catherine Zeta Jones — sedang jalani rawatan bipolar II disorder pula. Adoi laaa… Jumpa kisah Catherine kat sini

Catherine Zeta-Jones is treated for bipolar II disorder. What is it?
By Eryn Brown, Los Angeles Times

April 13, 2011, 5:43 p.m.
A representative for Catherine Zeta-Jones confirmed Wednesday that the actress recently underwent inpatient treatment for bipolar II disorder at a Connecticut mental health facility…

Bersabarlah kekasihku Zeta sayang… Bipolar disorder ni bukan jenis penyakit yang serang wanita muda comel lote yang berkahwin dengan lelaki tua kaya raya je, sayang. Penyakit ni menyerang sesiapa saja… kan? Kan…? So janganlah risau dan rasa tersisih, sayang… Kalau penyakit ni memilih orang, nanti Datuk Siti Nurhaliza pun kena… Tapi ia tak memilih orang…kan? Bukan ke? Ke…? Oh please jangan! Jangan…!