Arkib untuk 25 April 2011

Kalau Dia Yang Kejutkan Bini Untuk Berjimak Pula?

Posted in Bodoh, Fiqh, Islam, Sosial on 25 April 2011 by Najwa Aiman

Jarang baca paper sekarang, termasuk Harian Metro, tapi tadi terpandang berita yang amat menyedihkan ni—

Marah kejut solat Subuh
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh…

…“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat….

Ada ketikanya memang Permaisuri beta yang kejutkan pada waktu pagi dan sesekali waktu petang pun ada juga, untuk bersolat. Tapi kerapnya aku yang kejutkan dia pada tengah-tengah malam buta. Errr… bukan untuk bersolat le… But still masih untuk tujuan ibadat le juga weh… Aharks!

Bila Permaisuri kejutkan aku suruh bersolat, seingat aku tak pernah le aku marah dia. Cuma ada ketikanya bila aku kejutkan dia di tengah malam buta untuk tujuan ‘ibadat’ tu, dia taklah marah, cuma dia sengih senyum tapi mata terus pejam walaupun lengan mendepa nak menerima dakapan. Dia letihlah tu… Pun aku tak marah dia gak. Dan tak adalah pula aku beribadat sendirian… Aku lena balik je laaaa… Mana nak lazat kalau ‘beribadat’ dengan orang yang letih kan? Dan kuranglah afdhal kalau beribadat bukan secara berjemaah kan?

Lu fikirlah sendiri beb… Anyways, rasa macam berani gerenti — Harian Metro esok lu baca mesti ada temu ramah dengan tokoh agama dan masyarakat tentang berita kat atas tu. Mesti ada punyalah! Nak bet? Errr… kena marah tak kalau betting ni…?

Bila Dikurniakan…

Posted in Islam on 25 April 2011 by Najwa Aiman

Ibarat memberi hadiah mesin jahit. Si Penerimanya menjahit dengan mesin jahit tu dan beri hasil jahitan yang bagus dan bermutu sebagai hadiah kepada Si Pemberi, Si Pemberi akan suka. Kalau Si Pemberi lihat Si Penerima menjaga dengan baik mesin jahit tu — dijaga, dicuci, dilap, dibungkus, dibaikpulih dan diupgrade sehingga mesin jahit tu jadi lebih baik daripada keadaan asalnya, Si Pemberi akan lebih suka. Hasil jahitan dan cara Si Penerima menjaga mesin jahit tu akan jadi faktor yang memungkinkan Si Pemberi memberi hadiah mesin jahit yang jauh lebih canggih kepada Si Penerima pada masa akan datang. Tak gitu?