Kalau Dia Yang Kejutkan Bini Untuk Berjimak Pula?

Jarang baca paper sekarang, termasuk Harian Metro, tapi tadi terpandang berita yang amat menyedihkan ni—

Marah kejut solat Subuh
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh…

…“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat….

Ada ketikanya memang Permaisuri beta yang kejutkan pada waktu pagi dan sesekali waktu petang pun ada juga, untuk bersolat. Tapi kerapnya aku yang kejutkan dia pada tengah-tengah malam buta. Errr… bukan untuk bersolat le… But still masih untuk tujuan ibadat le juga weh… Aharks!

Bila Permaisuri kejutkan aku suruh bersolat, seingat aku tak pernah le aku marah dia. Cuma ada ketikanya bila aku kejutkan dia di tengah malam buta untuk tujuan ‘ibadat’ tu, dia taklah marah, cuma dia sengih senyum tapi mata terus pejam walaupun lengan mendepa nak menerima dakapan. Dia letihlah tu… Pun aku tak marah dia gak. Dan tak adalah pula aku beribadat sendirian… Aku lena balik je laaaa… Mana nak lazat kalau ‘beribadat’ dengan orang yang letih kan? Dan kuranglah afdhal kalau beribadat bukan secara berjemaah kan?

Lu fikirlah sendiri beb… Anyways, rasa macam berani gerenti — Harian Metro esok lu baca mesti ada temu ramah dengan tokoh agama dan masyarakat tentang berita kat atas tu. Mesti ada punyalah! Nak bet? Errr… kena marah tak kalau betting ni…?

8 Respons to “Kalau Dia Yang Kejutkan Bini Untuk Berjimak Pula?”

  1. berjemaah? hmmm

  2. kadang2 anak bangkit sekali. Selalulah memujuk tidur …su,,,,su,,,,su tidur…tidur….tidur

  3. ehehe… terjaga tengah malam ok… betul2 ok!

  4. aik…apasal tido balik. terus la qiamulail.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: