Arkib untuk 26 April 2011

Nama Ada Apa-Apa

Posted in Kapitalis, Semasa, Teknologi on 26 April 2011 by Najwa Aiman

Syarikat perkapalan kebanggaan Malaysia — MISC — banyak beli bahtera baru sekarang ni. April bebaru ni satu lagi bahtera tiba dari Korea. Kategori chemical tanker 45k dwt. Kapal MISC memang guna nama bunga, dan yang ni diberi nama Bunga Begonia.

Kalau lu orang guna kereta Hyundai atau Kia tu, samalah konsepnya dengan kapal-kapal MISC. Apa jadi dengan PSC Industries Berhad yang dulu ada anak syarikat di Lumut yang bina kapal tu ek? Dalam tahun 2006 kalau tak silap aku, syarikat tu dah diambil alih oleh Boustead Holdings dan diletakkan di bawah anak syarikatnya Boustead Heavy Industries Corporation. Dulu dia orang bina kapal perang. Dan sebab kapal perang untuk kegunaan TLDM, maka tak sajak langsunglah kalau bagi nama bunga, kan? Takkan Bunga Kekwa nak angkut meriam dan peluru puluhan tan ke laut buat tembak kapal lain? Kenalah letak nama pahlawan — KD Hang Tuah ke, KD Hang Lekir ke, KD Tok Janggut ke, KD Lt. Adnan ke… By the way, “KD” tu tak ada kena mengena dengan ‘Kris Dayanti’ okey! May be suatu hari nanti BHIC akan bina kapal komersil untuk kegunaan Malaysia pula kut…? Lepas tu boleh export. InsyaAllah…

Kalau kau orang beli kapal atau bot, kau orang akan letak nama apa? Bunga juga? Atau pokok? Nama orang? Spesis kucing? Nama taufan macam El-Nino, El-Nina, Tsunami bla bla bla…?