Arkib untuk Mei, 2011

Perbezaan Kita…

Posted in Idea, Novel on 31 Mei 2011 by Najwa Aiman

“Kau lebih utamakan dia daripada aku?”

“Ya.”

“Kau lebih sayangkan dia daripada aku..!”

“Tidak.”

“Bagaimana mungkin…???”

“Mengutamakan dia tak bermakna aku lebih sayangkan dia daripada kamu. Mengutamakan dia lebih daripada kamu kerana tanggungjawab aku. Menyayangi kamu lebih daripada dia kerana itulah yang dibisikkan oleh kehendak hati aku. Yang datang dari hati sememangnya sentiasa ikhlas. Sedangkan yang aku buat nampak di mata belum tentu apa yang aku mahukan dalam hati. Di situlah kau dan aku berbeza…”

“Kenapa kita berbeza?”

“Kerana kau lebih utamakan dia sebab kau memang lebih sayangkan dia daripada aku. Bisikan kehendak hatimu memang mahu sayangi dia melebihi kau menyayangi aku. Sedang aku tak demikian. Kita berbeza kerana kau bijak, sedang aku terus dalam kebodohan…”

Information Needs Communication

Posted in Sosial, Teknologi on 27 Mei 2011 by Najwa Aiman

Nasihat yang orang beri semasa mula-mula telefon bimbit muncul dulu: “Jangan beri nombor telefon bimbit kepada sesiapa kecuali orang yang kita kenal aje. Tu pun bukan semua orang yang kita kenal juga. Yang kita kenal dan percaya.” Lepas tu emel pula muncul. Nasihat yang sama juga. Maka orang yang apply kerja pun tulis macam-macam dalam CV dan resume termasuk aktiviti ko-kurikulum sekolah tadika. Tapi, tak ada nombor telefon bimbit dan emel. Nombor telefon rumah dia kat kampung adalah. Tapi dia duduk kat KL dengan kengkawan bujang sebab sibuk cari kerja. Alamat dalam CV pula alamat yang di kampung.

Masih ada juga yang berfikiran advanced dan berani bagi emel. Masalahnya dia check emel sekali seminggu, atau sekali sebulan. Tak ada laptop atau PC sendiri. Kena pergi makmal komputer kat universiti. Cyber Cafe? Ekekekekek… Nescafe ada le…

Sekarang? Tak heran. Dua-dua nombor henpon dan emel boleh beri anytime. Kekadang sampai dua nombor henpon. Emel apatah lagi. walaupun masih ada yang takut-takut. Masih ada lagi juga yang takut sebenarnya. Entah apa yang ditakutkan pun tak tau.

Information is power, kata orang. Tapi without communication capabilities, apalah sangat nilainya information yang menggunung?

Ibu Jarinya

Posted in Matang on 27 Mei 2011 by Najwa Aiman

Dalam keadaan tak cedera pun aku amat rasa nak hisap ibu jari kaki tu. Inikan pula bila ibu jari kaki tu sakit sebab dihempap kepala plug. Meh sini nak hisap sebagai rawatan.

Dan sebenarnya bukan ibu jari kakinya aje yang aku rasa macam perlukan rawatan…

Errr… apa yang aku mengarut ni ek…? Kenapa mengarut macam ni? Hmmm… ni malam apa ni? Ooo… patutlah…

Dan aku terbayangkan ibu jari kaki yang CóMéL tu… Emmmmm…

Hanya Kanak-Kanak Yang Masih Tak Mengerti

Posted in Bencana, Semasa on 24 Mei 2011 by Najwa Aiman

Aku teringat salah satu episod siri TV House tentang bangunan yang runtuh dan memerangkap beberapa orang mangsa di bawahnya. Salah sorangnya ialah wanita yang kakinya dihempap blok bangunan runtuh. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dia memaksa Dr. House memotong kaki wanita tu. Dan dalam keadaan demikian, bius tak boleh digunakan. Kaki wanita tu terpaksa dipotong secara manual dalam keadaan wanita tu sedar dan tanpa bius. Kesakitan yang amat azab terpaksa ditahan tatkala pisau bedah Dr. House memotong daging dan menggergaji tulang kakinya…

Itu episod yang datang ke memori aku pagi tadi bila terdengar dalam radio tentang dua mangsa tanah runtuh Hulu Langat yang terpaksa dipotong sebahagian anggota tubuhnya demi untuk menyelamatkan nyawa mereka. Aku tahu ramai mangsa tanah runtuh yang terperangkap tu ialah anak-anak yatim yang usia mereka masih muda. Budak-budak. Kanak-kanak. Anak-anak kecil yang sebelum tu manis comel riuh rendah dengan gelak tawa penuh kegirangan. Tapi hari itu suara mereka keluar dalam raungan tangis kesakitan yang mengazabkan lantas amat menyiat perasaan dengan kepiluan…

Dan tak semena-mena air mata lelaki aku mengalir sendirian dalam kereta yang seakan tak mampu aku pandu lagi…

Awan Berarak…

Posted in Uncategorized on 23 Mei 2011 by Najwa Aiman


Tetiba teringat lirik lagu Alleycats yang aku tak ingat judulnya—

Awan berarak berguguran hujan
Menangis sekeping hati…

Apa judul lagu ni ek…?

Update 23:23 PM: Dah ingat! Judulnya Tangisan Sekeping Hati. ‘Sekeping’? Betul ke penjodoh bilangan tu…? Hmmm…

Mahukah Aku Yang Teratas?

Posted in Puisi on 22 Mei 2011 by Najwa Aiman

Hampir

Posted in Uncategorized on 17 Mei 2011 by Najwa Aiman

Dah hampir ke penghujungnya barangkali…? Sebab tu makan malam ini ingin menjadi kenangan untuk selama-lamanya? Tak mengapa… Sesungguhnya aku dah semakin biasa dengan fantasia gembira yang sementara…

p/s: Ilham daripada blog Gafaro.