Hanya Kanak-Kanak Yang Masih Tak Mengerti

Aku teringat salah satu episod siri TV House tentang bangunan yang runtuh dan memerangkap beberapa orang mangsa di bawahnya. Salah sorangnya ialah wanita yang kakinya dihempap blok bangunan runtuh. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dia memaksa Dr. House memotong kaki wanita tu. Dan dalam keadaan demikian, bius tak boleh digunakan. Kaki wanita tu terpaksa dipotong secara manual dalam keadaan wanita tu sedar dan tanpa bius. Kesakitan yang amat azab terpaksa ditahan tatkala pisau bedah Dr. House memotong daging dan menggergaji tulang kakinya…

Itu episod yang datang ke memori aku pagi tadi bila terdengar dalam radio tentang dua mangsa tanah runtuh Hulu Langat yang terpaksa dipotong sebahagian anggota tubuhnya demi untuk menyelamatkan nyawa mereka. Aku tahu ramai mangsa tanah runtuh yang terperangkap tu ialah anak-anak yatim yang usia mereka masih muda. Budak-budak. Kanak-kanak. Anak-anak kecil yang sebelum tu manis comel riuh rendah dengan gelak tawa penuh kegirangan. Tapi hari itu suara mereka keluar dalam raungan tangis kesakitan yang mengazabkan lantas amat menyiat perasaan dengan kepiluan…

Dan tak semena-mena air mata lelaki aku mengalir sendirian dalam kereta yang seakan tak mampu aku pandu lagi…

12 Respons to “Hanya Kanak-Kanak Yang Masih Tak Mengerti”

  1. takpa la bang nak buat cam mana, dah ajal dorang…

    al fatihah untuk mangsa korban….

    • Masih hidup bro…. dia orang masih hidup… Wa tak pilu sangat kepada mereka yang dah dijemput ajalnya.

      Tapi wa teramat pilu untuk anak-anak kecil yang selama ni manis comel dengan gelak tawa yang penuh girang. Tapi hari itu mereka meraung kesakitan kerana terpaksa dipotong anggota badannya dalam keadaan sedemikian….

      Ya Tuhan…!!!

  2. Tenggiling Emas Says:

    Kadang2 kite tak perasan hikmah atau mesej yg cube disampaikan Tuhan…
    Yang merempit sedar2 lah…yang tak menduga pun bleh hilang kaki ape lagi yang saje2 nak menduga untuk hilang kaki….

  3. bab potong kaki ni betul2 pilu… gua yang dirumah entah berapa kali beristifar… apatah pada penyelamat yang tengok dengan mata nyata…

  4. insyaallah semua anak-anak yg meninggal tu ahli syurga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: