Arkib untuk 11 Jun 2011

Surat Rasmi Aje Sekarang Ni

Posted in Budaya, Nostalgia on 11 Jun 2011 by Najwa Aiman

Masih kenal dan ingat istilah “Surat Cinta”? Tahu lagu-lagu cinta zaman kita? Zaman akulah. Zaman aku baru baligh dulu—

“Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan”
~ Suatu Masa – M. Nasir

“Bersama-sama suratmu
Setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi”
~ Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta – Flybaits

“Kurenungi gambarmu
Kubaca surat-suratmu
Namun pedihnya kuterasa”
~ Nilai Cintamu – Sudirman

Ada banyak lagi sebenarnya kan lagu-lagu zaman aku baru baligh dulu yang liriknya menyentuh tentang surat-surat cinta. Lagu-lagu zaman tu memang tajam dan dalam liriknya. Menghayatinya memang syahdu sangat. Dan kalau kita sebaya, maknanya kita pernah buat, lihat atau dengar tentang surat-surat cinta yang di dalamnya ada selain daripada lembaran kertas berbagai warna dan bergambar-gambar watermark bunga dan rama-rama. Sampulnya pun ada gambar bunga-bunga dan rama-rama. Bila buka aje, bertabur serbuk putih. Bukan anthrax atau heroin la, tapi bedak. Ofkoz, disebabkan tahap perkhidmatan pos masa tu, bedak yang bertabur tu dah macam bau ketiaklah.

Ataupun yang jatuh dari dalam sampul tu ialah helaian kelopak bunga kering, kan? Kalau style aku pula, ada not duit dua ringgit (zaman tu memang ada) yang dah dikerat dua dengan corak keratan bergerigi… hehehehehe… hehehehehe… hehehehehe… uhuk!

Dan teknik serta cara lipatan lembaran surat di dalam sampul tu pula? Memang kreatif. Macam master origami. Kadang-kadang setengah jam sengal nak cari jalan macam mana nak leraikan lipatan lembaran surat tu. Nak koyak terus terasa sayang pula. Lepas tu bila dah berjaya dileraikan lipatannya, tak reti pula macam mana nak lipat balik. Tu yang rasa nak sepak diri sendiri tu.

Tapi aku wonder kalau-kalau bebudak zaman internet, emel, SMS dan social web sekarang ni masih boleh hayati dan faham significant surat-surat cinta yang disebut dalam lagu-lagu tu. Boleh ke ek…? Relevan lagi ke…? Kalau aku tulis lirik dan puisi, maknanya surat-surat jenis macam tu is a no-no untuk dimasukkan di dalam stanza-stanza lirik dan puisi tu la ek…? Adoi laaa…

Anyways, kalau kita sebaya, seumur hidup kau oranglah kan, dah berapa helai surat cinta yang kau orang pernah kirim dan terima? Tally tak jumlah kedua-duanya…? Ekekekekekekee…

Potong Stim…

Posted in Hiburan on 11 Jun 2011 by Najwa Aiman

Zarina AF2 memang best! Pertama sebab nama dia serupa dengan satu awek darjah 5 semasa aku darjah 6 dulu dan kalau tak kerana dia ada skandal dengan member sekelas aku (sampai dua-dua orang kena panggil dengan cikgu menghadap kat bilik guru masa tu), dah tentu aku dah mengurat dia. Ohhh…. suka banget kat muka dan rambut dia tu… adusss…

Kedua sebab Zarina AF2 ni memang menepati cita rasa, pun sama juga lebih kurang paras rupa dia dengan Zarina darjah 5 tu dulu. Tak tau kenapa masa dia kat AF dulu aku tak minat sangat tapi lepas keluar AF tetiba dia jadi comel menepati cita rasa pula. Bahana ni…

Dan tadi dia muncul dalam Konsert Afnil! Dari meja laptop ni aku meluru ke depan TV. Permaisuri aku pun terkamjat tengok aku tetiba minat tengok konsert AF ni. Best! Best! Walaupun Zarina pakai tutup semua dan rambut dia tak lurus tadi, tetap best!

Tapi lepas tu dia tibai nyanyi lagu dangdut! Aiyaaarrrkkksss…!!! Pe hal lu Zarina…??? Potong stimlah weh…!!! Gambir…

Update 11:10PM: Jangan marah…. Esok aku dapat tumpang duduk sebelah awek yang sayang banget kat aku dalam kereta Proton Pesona baru dia tau… Kau orang jangan nyibuk nak ikut ek… Eheks…!