Surat Rasmi Aje Sekarang Ni

Masih kenal dan ingat istilah “Surat Cinta”? Tahu lagu-lagu cinta zaman kita? Zaman akulah. Zaman aku baru baligh dulu—

“Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan”
~ Suatu Masa – M. Nasir

“Bersama-sama suratmu
Setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi”
~ Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta – Flybaits

“Kurenungi gambarmu
Kubaca surat-suratmu
Namun pedihnya kuterasa”
~ Nilai Cintamu – Sudirman

Ada banyak lagi sebenarnya kan lagu-lagu zaman aku baru baligh dulu yang liriknya menyentuh tentang surat-surat cinta. Lagu-lagu zaman tu memang tajam dan dalam liriknya. Menghayatinya memang syahdu sangat. Dan kalau kita sebaya, maknanya kita pernah buat, lihat atau dengar tentang surat-surat cinta yang di dalamnya ada selain daripada lembaran kertas berbagai warna dan bergambar-gambar watermark bunga dan rama-rama. Sampulnya pun ada gambar bunga-bunga dan rama-rama. Bila buka aje, bertabur serbuk putih. Bukan anthrax atau heroin la, tapi bedak. Ofkoz, disebabkan tahap perkhidmatan pos masa tu, bedak yang bertabur tu dah macam bau ketiaklah.

Ataupun yang jatuh dari dalam sampul tu ialah helaian kelopak bunga kering, kan? Kalau style aku pula, ada not duit dua ringgit (zaman tu memang ada) yang dah dikerat dua dengan corak keratan bergerigi… hehehehehe… hehehehehe… hehehehehe… uhuk!

Dan teknik serta cara lipatan lembaran surat di dalam sampul tu pula? Memang kreatif. Macam master origami. Kadang-kadang setengah jam sengal nak cari jalan macam mana nak leraikan lipatan lembaran surat tu. Nak koyak terus terasa sayang pula. Lepas tu bila dah berjaya dileraikan lipatannya, tak reti pula macam mana nak lipat balik. Tu yang rasa nak sepak diri sendiri tu.

Tapi aku wonder kalau-kalau bebudak zaman internet, emel, SMS dan social web sekarang ni masih boleh hayati dan faham significant surat-surat cinta yang disebut dalam lagu-lagu tu. Boleh ke ek…? Relevan lagi ke…? Kalau aku tulis lirik dan puisi, maknanya surat-surat jenis macam tu is a no-no untuk dimasukkan di dalam stanza-stanza lirik dan puisi tu la ek…? Adoi laaa…

Anyways, kalau kita sebaya, seumur hidup kau oranglah kan, dah berapa helai surat cinta yang kau orang pernah kirim dan terima? Tally tak jumlah kedua-duanya…? Ekekekekekekee…

10 Respons to “Surat Rasmi Aje Sekarang Ni”

  1. “dah berapa helai surat cinta yang kau orang pernah kirim dan terima? Tally tak jumlah kedua-duanya…? Ekekekekekekee…” – memang hebat la sapa dapat ingat berapa banyak surat dia hantar….

    • Kalau bercinta jarak jauh memang tak ingat. Tapi kalau bercinta satu hostel pun masih tak ingat berapa banyak hantar surat, kompem tak gentlemen! Aharks…

  2. I selalu tulis surat sebegini, guna kertas buku Matematik yang kotak-kotak tu. Dan guna pen merah!

    peduli apa aku kalu orang marah. Sebab aku memang suka hat pelik pelik.🙂

  3. Tenggiling Emas Says:

    Sampai sekarang ku tertanye-tanye…siapakah gerangan yang menghantar 7 muka surat and 7 warna pen yang berbeza bawah meja aku dulu…hmmm…lisa surihani maybe?

  4. Aku pernah dapat yang bedak dalam plastik dari awek paling rock sekali. Dapat je surat tu, aku boleh pakai bedak tu walaupun rasa2 bedak tu macam kutikura yang dah basi. Sampai skrg aku simpan dan smpi sekarang aku tak pernah jumpa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: