Kaca Bukan Permata

Rupanya macam sama. Tapi kaca hanya pasir. Sedangkan permata ialah karbon — bahan utama dalam semua organisma yang hidup atas muka bumi ni. Sebab tu permata jauh lebih bernilai daripada kaca, kan? Kan?

Tapi kadang-kadang kita lebih tertarik kepada kaca walaupun kita tahu yang itu adalah kaca semata-mata. Kenapa ya? Well… teori aku yang tak berapa pandai macam golongan dewa-dewi ni — sebab kaca lebih mudah dibentuk mengikut cita rasa kita. Lebih rapuh dan mudah hancur, tetapi lebih banyak kedapatan di merata-rata. Lebih mudah disimpan sebab tak perlu penjagaan yang teramat rapi.

Tapi hakikatnya, kaca jauh lebih berguna daripada permata. Permata hanya berfungsi sebagai hiasan. Kalau tak ada pun tak apa. Tapi kaca — gelas, mangkuk, pinggan, cermin, bahkan hiasan juga. Jauh lebih banyak faedah dan kegunaannya. Jauh lebih banyak jasanya daripada permata. Malah kaca boleh dihancurkan semula menjadi pasir, dan dibentuk semula menjadi benda lain jika mahu.

Jadi kenapa kita mesti pilih permata dan bukan kaca? Kenapa? Tim kai…?

23 Respons to “Kaca Bukan Permata”

  1. Aku pilih kaca je beb. Kaca banyak guna. Permata satu spesis je. Nak dilentok2 kurang, maintenance tinggi. Dah lama tak boleh tukar lagi dan trade in tak accept

  2. ini soal nilai. value. seperti selalu-selalu, perspektif nilai itu juga tertakluk kepada individu yang melihatnya.
    orang kaya (atau perasan kaya) akan memilih permata sebab pada mereka permata adalah lambang keunggulan status. lagi besar, lagi kaya katanya.
    marhain pula lebih realistik. berpijak di bumi nyata. buat hape nak simpan permata yang takde reselling value? baik simpan pinggan mangkuk. kalau pecah pun taklah ralat sangat (unless ia adalah corelle atau vision lah… itu ada ralat sikit kot?).
    walau apapun perspektif anda berkenaan nilai, itu adalah hak anda. nasihat saya: daripada beli batu permata sebesar penumbuk (walaupun yang ada sijil), baiklah beli jongkong emas. confirm tidak menghampakan.

  3. setelah sekilo kismis ditelan…..
    Gua berpandangan kalo kaca dh bnyak kat rumah…. Elok beli emas yg harganya tak turun……
    Permata biar poh kong atau habib jewel yg simpan

    • Ni lagi sorang cerita pasal emas dalam topik yang tak ada kena mengena dengan “barang”… cet…!

      p/s: Tangkai jering la lu ni makan kismis sorang-sorang. Tak reti-reti la nak hulur sikit…. binawe… Aharks…

  4. mana ada orng nk buat cermin toilet dier pakai permata…. how much it will cost to them, the value of finedining using permata plate, glass, bowls etc… thats why kenapa kaca lebih synonim compare to permata.

    onemorething is kristal, relatively more expensive than kaca n less expensive than permata… back to economic term…. high supply = kaca, less supply = permata, high supply high demand = less pricetag, low supply but high demand = more pricey.

    bg aku pendapat golongan yg mampu pakai kaca jer…. its just a symbol to feed the EGO kkekekee

  5. kalu gua….

    semua gua sapu, tolak insang ngan tulang je….

  6. wa pilih kaca…… kaca….. kaca…… err…… plestik pun okay…… melamin pun boleh…… tembikar pun okay… tapi kalau pinggan mangkuk wa suka claytan or bilton…. (mak wa panggil pinggan flinstones sebab berat mcm batu…)…. wa tak suka bone china….. (even yang tak haraam la). … emas? ish ish ish…… takleh guna pinggan mangkuk emas/perak…. tanda ahlil nuraka….

  7. Sudah lama beta tidak berKhayal.LOL.Ah, kaca dan permata.Kalau gua dalam keadaan minda tenang-jiwa gumbira bulehlah jawab secara intelektual.Tapi disebabkan gua kurang sihat, telan pelbagai ubat, halusinasi kuda padi pakai disco-dust pelbagai, gua hanya teringat dengan katalog jualan murah gelang/rantai/cincin dari kedai emas yang baru tiba dalam peti surat tadi.

    Sekian, komen yang tidak berguna.

    p/s ♫Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu♫ ‘Bayangan Gurauan’ by Mega.Pehhh, nak feeling kejap.

  8. Permata yang hilang?

  9. Menurut ilmu yg.wak tuntut semasa darjah 4 tingkat 2,iaitu Ilmu Isep bap pecahan tahap 1,dibawak kepada praktikal,kaca itu……..yaaa pecah! Lalu kalok mau lihat aslinya berlian itu apa enggak,……teropongnya itu kan pakek kaca! Nah….anak-anak jangan gaduh soal kaca sama belian.Nanti wak ajar ilmu jadi kaya pakek kaca pecah.Sudah kaya nanti,barulah cerita ilmu beliaaan……gitu.

  10. Bohoso menunjukkan bongso,lalu…makanan itu budaya.Cakep mat salleh,makan keju .Cakep jowo,makan tempe ( Tempe ‘T’Asoka).Cakap Keling,makan penampor…. p/s:dah lari topik ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: