Arkib untuk 25 Jun 2011

Luahan Kepada…?

Posted in Bebel, Sosial on 25 Jun 2011 by Najwa Aiman

Jenis orang macam mana yang kita akan jadikan sebagai tempat luahan segala masalah dan emosi kita? Yang kita percaya bulat-bulat? Yang kita sayang? Atau yang kita menyampah dan anggap musuh?

Dan apa sebenarnya yang kita expect selepas kita habis luahkan perasaan pada orang tu? Respon yang membina? Menyokong? Menasihati dengan realistik?

Dan pendekatan macam mana yang kita expect daripada orang tu bila dia mendengar, menasihat dan memberi semangat pada kita? Belaian mesra dan manja? Kata-kata yang lembut dan menggetarkan jiwa? Usap sentuhan yang menyamankan?