Arkib untuk Julai, 2011

Dan Adzan Tidak Lagi Berkumandang

Posted in Bencana, Islam, Politik on 30 Julai 2011 by Najwa Aiman

Sempena RáMáDáN ál-MúBáRáK yang akan menjelang, tasbih dan tahmid akan berkumandang setiap malam dari masjid-masjid dengan alunan yang syahdu dan menginsafkan selepas Isyak. Mukminin dan mukminah — sama ada ketika tu berada di masjid, di rumah atau di mana-mana ajelah — rasa-rasanya mungkin tersentuh gak kalau tak banyak pun sikit hati-hati mereka bila alunan tasbih dan tahmid terawih tu sampai ke corong telinga.

Tapi tahun ni entahlah… Masjid Bukit Damansara tempat aku suka solat Jumaat tu pun dah kena sound dengan penduduk setempat sebab adzannya terlalu kuat dan menjadi audio nuisance kepada dia orang. Maka pihak masjid pun lower sikit volume adzan tu. Ni bukan kali pertama dan masjid pertama yang kena tempuh pengalaman gini. Dah banyak masjid di Malaysia yang terpaksa lalui desakan macam tu sebelum ni sejak bertahun-tahun dulu — sama ada bawah mana-mana kerajaan atau wakil rakyat pun. Macam mana dengan tasbih dan tahmid terawih nanti ek…?

Cinta

Posted in Bodoh on 29 Julai 2011 by Najwa Aiman

Cinta itu buta, bukan bodoh. Sebab tu orang bodoh pun boleh bercinta dan dicintai.

Cinta itu bahagia, bukan derita. Sebab tu bila bercinta, menderita pun dianggap gembira.

Dan cinta itu lemah, bukan kuasa. Sebab itu dayus penakut boleh mencengkam dengan kekuasaan dan keangkuhan.

“Tuan Haji 65 Sen”

Posted in Islam on 28 Julai 2011 by Najwa Aiman

Kisah ni diceritakan oleh seorang bos besar sebuah kompeni nasional. Kisah benar, katanya. Tak tahulah dia temberang atau tak. Adakah dia tu jenis kaki temberang? Well… kalau aku kata tak nanti, aku pula yang akan jadi kaki temberang… uhuk!

Seputar tahun di mana orang Malaya pergi haji naik kapal laut. Berkisar orang sekampung arwah ayah kepada bos besar tu. Digelarkan orang kampung sebagai ‘Haji 65 sen’. Diriwayatkan bahawa Haji 65 sen telah dengan nekad secara tetiba tanpa berfikir panjang secara haram mencuri naik kapal haji untuk ke Mekah bersama jemaah haji lain yang halal. Sehelai sepinggang aje. Dan dalam poketnya ketika tu sekadar ada 65 sen.

Dan ‘Haji 65 sen’ memang tiba juga ke Mekah. Menunaikan semua rukun haji sambil meneruskan hidup melalui ehsan orang ramai yang bermurah hati memberi makan dan wang kepadanya sepanjang di tanah suci al-Mukarromah. Itulah kisah tentang seorang insan yang digelar ‘Haji 65 sen’.

Apa moral cerita ni? “Kalau dah tertulis kau akan dijemput Tuhan untuk pergi haji tahun tu, maka kau tetap akan pergi dalam apa keadaan sekalipun,” kata bos besar tu. Betul, kan? Cukupnya duit simpanan di Tabung Haji sekarang ni pun belum tentu dapat pergi haji. Tak ada duit nak buat makan pun, belum tentu tak sampai ke Mekah untuk menyempurnakan haji. Duit, tuan-tuan, bukanlah penentu apa-apa pun… Bertawakallah dan berserah dirilah sepenuhnya dan seluruhnya jiwa dan raga hanya kepada takdir Allah SWT adanya… Wallaahu a’lam…

“Dia”… Tapi Bukan Dia…

Posted in Hiburan, Nostalgia on 26 Julai 2011 by Najwa Aiman

Tetiba hari ni aku paksa diri aku baca akhbar Harian Metro sebab terpandang gambar awek beta di muka depan. Di dalamnya ada berita tentang dia—

Saya memang bahagia
Oleh Ramlah Zainal

SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain.

“Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah…(baca habis)

Dulu Lina H selalu kata muka dia macam Jee. Sebabnya ada antara kengkawan dia yang cakap macam tu. Well… entah… Sejujurnya entah. Tak pernah compare, tapi sejujurnya juga memang Jee masa tu antara gadis yang aku masukkan dalam senarai blackbook aku… Eheks… Blackbook la weh! Bukan blacklist tau! But then again aku rasa 90% jantan Malaya pun akan buat benda yang sama kalau dia orang pun ada blackbook macam aku… ekekekeke… Again… blackbook tau! Bukan Facebook!

Dah… kau orang jangan buat lahanat. Dia pangkat makcik je buat kau orang. Dan ya… memang muka dia comel macam tu sejak dulu, macma aku jugak…! Dah blah! Kau orang pergi main jauh-jauh! Dia tak mahu orang lain sebab dia tunggu emel akulah tu… Maklumlah teknologi baru buat kami berdua… Yes kami sebaya hampir setahun… hehehehe…

I’ll call you soon duhai Siti Fauziah.

Iftar Luar Atau Dalam?

Posted in Budaya, Fiqh, Islam on 25 Julai 2011 by Najwa Aiman

Macam biasa, hotel-hotel dah mula buat offer untuk iftar. Paling bangsat pun RM70.00. Entahlah… Kalau dalam bulan Sya’aban ni, sarapan aku biasanya dalam RM3.00, lunch dalam RM5.00 dan dinner… well… kalau makan luar biasanya dalam RM5.00 gak. Total makan sehari tanpa puasa ialah lebih kurang RM13.00.

Tapi bila puasa, sekali melantak 7 kali ganda harganya daripada melantak 3 kali pada hari tak puasa??? Hmmm… Tahniah wahai Mukmin dan Mukminah Malaysia… Aharks…!

Masalahnya, kengkawan dan para sahabat aku memang ada tradisi iftar ramai-ramai kat luar setiap tahun. Tak best le pulok kalau tak join. Dan masalahnya pula – seperti juga orang lain – so far kengkawan dan sahabat aku yang buat tradisi iftar reramai di luar ni ada beberapa group. So maknanya dalam sebulan tu dalam tiga empat kali gak la iftar kat luar…! Adoi laaa… Adoi… Tahniah gak kepada aku… Tahniah…! Adoi laaaaaaa…

Zhon… Kenyang Makan Daging Mayat Saudara…

Posted in Islam on 25 Julai 2011 by Najwa Aiman

Biar saja mulut mereka mengungkapkan tohmah dan fitnah. Andai mereka itu kafir, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah SWT sebelum ajal menjemput. Andai mereka muslim dan muslimah, mudah-mudahan Allah SWT memberikan pengampunan atas takzir mereka sebelum ajal mengundang.

Dan bersempena Rámádán ál-Múbárák yang semakin hampir, mudah-mudahan usia kau dan aku dipanjangkan agar bisa menghayati Rámádán kali ini sepenuhnya. Mudah-mudahan Allah SWT mengizinkan rahmatNya kepada kita semua. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita pengampunan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Allah SWT akan meredai syurgaNya untuk kita.

Dan sesungguhnya orang-orang yang mahu beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW akan menjauhi buruk sangka dan tidak akan makan daging mayat saudara seagamanya… Apatah lagi hendak menabur fitnah dan tohmah tanpa memikirkan natijah balasan Allah SWT ke atas lidah dan mulutnya…

Dan sesungguhnya kita saling memaafi sesama kita, antara anak-anak dan ibu bapa, antara suami dan isteri, adik beradik dan saudara mara… Dan saling membetulkan silap dan khilaf yang sengaja mahupun tidak… InsyaAllah…

Hati Lelaki Seorang Suami

Posted in Bencana on 25 Julai 2011 by Najwa Aiman

Dalam perceraian, rata-rata orang akan berbicara tentang perasaan dan emosi isteri. Tentang penderitaannya. Tentang bebanannya. Tentang kelemahannya. Dan tentang kezaliman bekas suaminya.

Sedang tidak siapa yang tahu bahawasanya apabila rumahtangga itu roboh, emosi dan perasaan suami seakan runtuh berkecai bersama-sama serpih dan debu rumahtangga yang sekian lama dibinanya dengan perit-jerih dan susah payah. Betapa tidak luluh hati si suami melihat mahligai yang dibina atas kederat dan pengorbanan, yang dihias dengan sulaman kasih sayang dan cinta yang tiada tandingan, sedemikian ia berkecai menjadi sampah-sarap.

Sungguh… lelaki juga merasa amat pedih dalam menempuh kegagalan… Dan kegagalan mempertahankan mahligainya yang dibina atas pengorbanan dan kasih sayang menjadi bebanan seumur hidup, kini ditimpakan ke atasnya pula kegagalan untuk membina apa pun jua mahligai yang kalau pun tidak lebih indah, setidak-tidaknya seindah mahligai yang itu… Maka jadilah hidupnya sekosong tapak sujud yang tiada orang bersujud…

Dan bukan lelaki sebenarnya insan yang paling kejam dan jahat di atas muka bumi ini… Bukan lelaki…