Kesempurnaan Mengalpakan

Pada pendapat aku yang berpendapatan rendah ni, antara faktor yang membuat kita terlupa tentang sesuatu ialah kerana sesuatu itu terlalu sempurna. Teramat sempurna tiada cacat-cela hingga kita terlupa ia wujud. Lebih-lebih lagi kalau ia sesuatu yang kita tak nampak. Misalnya perkhidmatan Indah Water. Sebab tak pernah lagi ada masalah dengan sistem pembetungan, dan perkhidmatannya pun jenis invisible, maka kita terlupa ia wujud, seharian bertungkus-lumus memastikan sistem pembetungan negara berjalan sempurna tanpa cacat-cela, lantas kita anggap ia tak penting dan kita pun tak bayar bil, kan? Bukan ke? Ke?

Selain tu, kasih sayang. Tak nampak kecuali kalau ia tak ada semasa kita perlukan. Bila ia sentiasa ada dan sempurna menyirami kita saban hari setiap saat dan detik, kita langsung terlupa bahawa kita sedang berendam di dalam kolam kasih sayang yang tak ternilai. Lantas kita pun alpa akan kewujudannya.

Sehinggalah ia tiba-tiba kering, justeru walau ia surut barang sedikit. Tatkala itu kita tersedar akan kekurangannya, dan kita pun teringat bahawa selama ini ia wujud sebegitu sempurna. Bila kita hampir kehilangannya, maka kita semakin gabra dan kelemasan.

Lumrah manusia… Maha Suci Allah yang menjadikan makhlukNya tidak sempurna, agar kita tidak terlalu alpa dan sentiasa beringat… Alhamdulillaah…

11 Respons to “Kesempurnaan Mengalpakan”

  1. Dalam bentuk yang lain pula, itulah perlunya pembangkang. Yang nampak kekurangan dan kelemahan, wpun kadangkala sengaja direka akan ketidak sempurnaan itu.!

    KL Gangster: ulasan dan pandangan seorang bekas Kaki Wayang…

  2. lawa kalong. masih ada lagi ke kalong tu? kalong gua dah hilang… masa kes orang pecah masuk rumah lama dulu.

  3. indahnya… lupalah siapa yang cipta?

  4. kadang2 perlu untuk memujuk hati bro. Cth kalau miskin – cuba rasa sempurna dan fikir org lain lagi ciput

  5. Maka….apabila di anugerahkan Syariat,senentiasalah kita BERTARQI kepada Nya…

  6. Ooo… ini istilah dlm. Tasauf.Wak eja ikut sedap tekak wak…..tapi bunyinya ye itu jugak.Maksudnya..panjatkan doa,bersyukur mintak yg baik2,jauhkan bencana…Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: