Arkib untuk 9 Julai 2011

Kuning Biru Merah

Posted in Bencana, Bodoh, Ekonomi, Politik on 9 Julai 2011 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada blog Fa-T (tapi aku suspek dia kidnap gambar ni dari akhbar The Sun ek? Ekekekeke… Bukan ke…?)

Anyways, ni gambar perhimpunan kebersihan siang tadi. Gafaro yang pergi tengok perhimpunan kebersihan secara live siang tadi sehingga merasa dibelai dan diulit gas pemedih mata dan badan kata perhimpunan tu berada di beberapa kawasan lain juga sekitar KL. Tengok pada gambar kat atas tu, agak-agak berapa ribu orang tu?

Yang di atas ni pula gambar dari blog Hishamudin Rais di Tukar Tiub.

Dan kalau tanpa sekatan di lebuh raya, jalan raya dan stesen kenderaan awam, rasa-rasanya berapa ramai lagi ek…?

Jerawat

Posted in Nostalgia on 9 Julai 2011 by Najwa Aiman

Hari ni puak BERSIH berkumpul kat Pudu Raya dan stesen di KL. Cari apa pun tak tahu. Aku pun pula berkumpul dengan kengkawan sekolah rendah dulu di Subang Jaya. Cari nostalgia silam yang dah lama dikesan dan baru kini ketemu. Berdesup emosi seketika. Tak ada yang berubah. Aku pun tak berubah. Dan malam ni atas hidung aku tetiba tumbuh seketul jerawat… Aharks…!

Walau tak ternampak wajahnya, dari belakang pun tetap anggun dan bergaya... Cewah!

 

Di sini tersimpan kehebatan yang tersembunyi tau... hmmm... ehem...!


Yes... it was notalgic... Dan hanya dua orang je yang tak berubah masih nampak macam bebudak belum baligh kan? Aku salah sorang laaa... Kan? Kan? Bukan ke? Ke?