Hati Lelaki Seorang Suami

Dalam perceraian, rata-rata orang akan berbicara tentang perasaan dan emosi isteri. Tentang penderitaannya. Tentang bebanannya. Tentang kelemahannya. Dan tentang kezaliman bekas suaminya.

Sedang tidak siapa yang tahu bahawasanya apabila rumahtangga itu roboh, emosi dan perasaan suami seakan runtuh berkecai bersama-sama serpih dan debu rumahtangga yang sekian lama dibinanya dengan perit-jerih dan susah payah. Betapa tidak luluh hati si suami melihat mahligai yang dibina atas kederat dan pengorbanan, yang dihias dengan sulaman kasih sayang dan cinta yang tiada tandingan, sedemikian ia berkecai menjadi sampah-sarap.

Sungguh… lelaki juga merasa amat pedih dalam menempuh kegagalan… Dan kegagalan mempertahankan mahligainya yang dibina atas pengorbanan dan kasih sayang menjadi bebanan seumur hidup, kini ditimpakan ke atasnya pula kegagalan untuk membina apa pun jua mahligai yang kalau pun tidak lebih indah, setidak-tidaknya seindah mahligai yang itu… Maka jadilah hidupnya sekosong tapak sujud yang tiada orang bersujud…

Dan bukan lelaki sebenarnya insan yang paling kejam dan jahat di atas muka bumi ini… Bukan lelaki…

14 Respons to “Hati Lelaki Seorang Suami”

  1. …aku di landa Shunami Memori… di gegar Hati Lelaki Seorang Suami… di kedalaman 2.5 meter Lubuk Kenangan…membadai nisan usang parut lara…menghempas tembok besi kawat duri sebuah Diary… Kini aku telah kembali…berdiri walau getar di kaki….mujur ada Tongkat Ali…..fuuuuh…!!

  2. yaa.. gua turut berkecei kalau bercerai… sentiasa pohon pada tuhan supaya memelihara kesejahteraan keluarga gua…

  3. walah…walah Maaaaan……Man… trust me not…just for fun…what I brought Wak nompang khayal…..wak senyum hari2….salam utk semua…!

  4. gentarasa Says:

    Salam,
    Mengikut kjian hati lelaki yang lebih menderita apabila sesuatu hubungan terputus. Namun, lelaki ada ketangkasan fikir untuk cepat mengatasinya. Besarkan jiwa dengan mengingati hikmah takdir itu. Allah sentiasa mentakdir yang baik kepada kita… walaupun kekadang kita belum nampak akan kebaikannya. InsyaAllah… nanti oklah tu. Amin.

  5. Haramkan berfikir tentang cerai dan bercerita tentang ceria sahaja. ceria cerai ceria cerai

  6. Tenggiling Emas Says:

    Ya…sememangya lelaki lebih lembut hatinya tatkala berbicara tentang cinta dan kebahagiaan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: