Iftar Luar Atau Dalam?

Macam biasa, hotel-hotel dah mula buat offer untuk iftar. Paling bangsat pun RM70.00. Entahlah… Kalau dalam bulan Sya’aban ni, sarapan aku biasanya dalam RM3.00, lunch dalam RM5.00 dan dinner… well… kalau makan luar biasanya dalam RM5.00 gak. Total makan sehari tanpa puasa ialah lebih kurang RM13.00.

Tapi bila puasa, sekali melantak 7 kali ganda harganya daripada melantak 3 kali pada hari tak puasa??? Hmmm… Tahniah wahai Mukmin dan Mukminah Malaysia… Aharks…!

Masalahnya, kengkawan dan para sahabat aku memang ada tradisi iftar ramai-ramai kat luar setiap tahun. Tak best le pulok kalau tak join. Dan masalahnya pula – seperti juga orang lain – so far kengkawan dan sahabat aku yang buat tradisi iftar reramai di luar ni ada beberapa group. So maknanya dalam sebulan tu dalam tiga empat kali gak la iftar kat luar…! Adoi laaa… Adoi… Tahniah gak kepada aku… Tahniah…! Adoi laaaaaaa…

22 Respons to “Iftar Luar Atau Dalam?”

  1. biar la berbuka dengan ikan selar kuning goreng garing panas cicah air asam + nasi panas lembik sikit2… pergghhhh!

  2. lu lupa hidangan penting bulan ramadan…

    murtabak….

  3. buffet ramadhan yang kat hotel tu karut sebenarnya. banyak mana sangat kita boleh sumbat pun masa berbuka tu?
    memang tak berbaloi.

  4. di Royal chulan tahun ini adalah rekod makanan yang disajikan sebanyak 900 jenis makanan dan mengikut chef2 itu kemungkinan tahun ini mencapai kepada 1200 jenis makanan kerana basis 900 itu boleh diatasi dengan senang dengan lebih 90 orang chef. Makanan bukan biasa yang dihidangkan datang dari Middle East, Russia, Europe dan Amerika. Makanan melayu sate je. Aku dengar dalam radio sambil mengira2 masa nak makan antara magrib dan isyak tu dan kemungkinan termasuk sampai ke Imsyak.

  5. Tenggiling Emas Says:

    Waarrgghh…bertambah la berat badan beta….bulan Ramadhan ni banyak dapat jemputan iftar nih…hehehehehe….

  6. raznul faisu Says:

    since last month, hotel istana dah gantung banner package early bird utk buffet ramadhan.. ingatkan training je ada harga early bird

    • Berapa harga? Dan early bird tu sampai bila? Dan aku masih tak gemar sangat sampai hari ni kalau aku dianggap sebagai seekor burung semata-mata sebab register atau bayar awal. Dia orang ni semua ingat aku ada kepak dan bulu aku jenis pelepah ke…?

  7. raznul faisu Says:

    Tapi bukankah semua lelaki ada burung? hahaha

  8. Chorus: ..siiiiiiyyapakah yg sudiii….menghuluuuurkan simmmmpatii….kepadaaa nasip ku iniiiiieeeee.. aaaaagarrrr dapat ku rrrrrrasaaa nikmat diiii…harrrrriiiirrrrrrrraayaaa seperti iiiiiinsan yang laiiiiiiiiiinnn…..

  9. Keni Rojes saja laaaa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: