Zhon… Kenyang Makan Daging Mayat Saudara…

Biar saja mulut mereka mengungkapkan tohmah dan fitnah. Andai mereka itu kafir, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah SWT sebelum ajal menjemput. Andai mereka muslim dan muslimah, mudah-mudahan Allah SWT memberikan pengampunan atas takzir mereka sebelum ajal mengundang.

Dan bersempena Rámádán ál-Múbárák yang semakin hampir, mudah-mudahan usia kau dan aku dipanjangkan agar bisa menghayati Rámádán kali ini sepenuhnya. Mudah-mudahan Allah SWT mengizinkan rahmatNya kepada kita semua. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita pengampunan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Allah SWT akan meredai syurgaNya untuk kita.

Dan sesungguhnya orang-orang yang mahu beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW akan menjauhi buruk sangka dan tidak akan makan daging mayat saudara seagamanya… Apatah lagi hendak menabur fitnah dan tohmah tanpa memikirkan natijah balasan Allah SWT ke atas lidah dan mulutnya…

Dan sesungguhnya kita saling memaafi sesama kita, antara anak-anak dan ibu bapa, antara suami dan isteri, adik beradik dan saudara mara… Dan saling membetulkan silap dan khilaf yang sengaja mahupun tidak… InsyaAllah…

6 Respons to “Zhon… Kenyang Makan Daging Mayat Saudara…”

  1. …. Kesempurnaan Mengalpakan…… Astaqfirullah Anzulmi wa’ankufri…..

    • Lu sebut tak stim la brader… Tapi nanti masa puasa tak boleh stim kan? Tapi bisikan awek dalam iklan tu memang boleh mengurangkan pahala puasa aku… isy… Nasib baik diselang-selikan dengan suara jantan yang kembali mengendurkan apa yang tak sepatutnya tegang di siang hari Ramadan…

  2. Tenggiling Emas Says:

    kurma ajmal…wasssiiiimmm…yusuf taiyyoobbb…makan lah kambing golek lebik baik dari memakan daging saudara mu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: