“Tuan Haji 65 Sen”

Kisah ni diceritakan oleh seorang bos besar sebuah kompeni nasional. Kisah benar, katanya. Tak tahulah dia temberang atau tak. Adakah dia tu jenis kaki temberang? Well… kalau aku kata tak nanti, aku pula yang akan jadi kaki temberang… uhuk!

Seputar tahun di mana orang Malaya pergi haji naik kapal laut. Berkisar orang sekampung arwah ayah kepada bos besar tu. Digelarkan orang kampung sebagai ‘Haji 65 sen’. Diriwayatkan bahawa Haji 65 sen telah dengan nekad secara tetiba tanpa berfikir panjang secara haram mencuri naik kapal haji untuk ke Mekah bersama jemaah haji lain yang halal. Sehelai sepinggang aje. Dan dalam poketnya ketika tu sekadar ada 65 sen.

Dan ‘Haji 65 sen’ memang tiba juga ke Mekah. Menunaikan semua rukun haji sambil meneruskan hidup melalui ehsan orang ramai yang bermurah hati memberi makan dan wang kepadanya sepanjang di tanah suci al-Mukarromah. Itulah kisah tentang seorang insan yang digelar ‘Haji 65 sen’.

Apa moral cerita ni? “Kalau dah tertulis kau akan dijemput Tuhan untuk pergi haji tahun tu, maka kau tetap akan pergi dalam apa keadaan sekalipun,” kata bos besar tu. Betul, kan? Cukupnya duit simpanan di Tabung Haji sekarang ni pun belum tentu dapat pergi haji. Tak ada duit nak buat makan pun, belum tentu tak sampai ke Mekah untuk menyempurnakan haji. Duit, tuan-tuan, bukanlah penentu apa-apa pun… Bertawakallah dan berserah dirilah sepenuhnya dan seluruhnya jiwa dan raga hanya kepada takdir Allah SWT adanya… Wallaahu a’lam…

15 Respons to ““Tuan Haji 65 Sen””

  1. tu razeki pakcik tu kot uncle…..

    takpon mungkin ada yang nak menyelit kat tayar kapal terbang??

    anyone???….

    • Menyelit kat tayar kapa terbang? Tu bukannak pergi haji beb. tu nak pergi mati! Sama ada terus nak ke syurga, atau, lebih cenderungnya, ke neraka atas sebab membunuh diri! Ekekekekeke…

  2. maka, haji nya sah atau tidak?
    merujuk kepada frasa: …nekad secara tetiba tanpa berfikir panjang secara haram mencuri naik kapal haji untuk ke Mekah bersama jemaah haji lain yang halal.

  3. tang jadi passanger haram….

  4. raznul faisu Says:

    merujuk syarat syarat haji, salah satunya berkemampuan. dalam kes ni, individu tersebut berkemampuan ke tak?

  5. …KISAH BETUL… : Di sini wak nak buat pengakuan,bahawa…wak adalah salah seorang ..orang yg TIDAK di ceritakan di atas itu. .Percaya atau tidak, anda sendiri yg menilainya.Hanya kewarasan akal yang bisa membatasi…maka seharusnya akal itu berbantalkan JIWA YG TENANG,bertilam ILMU di dada yg cadarnya adalah KESUNGGUHAN dan berselimutkan KEYAKINAN..bisa mengungkap rahsia langkah,selok belok perjalanan dlm PERCATURAN. Percaturan yg terasnya adalah ILUSI dan MANIPULASI amat hampir utk di mengerti dan untuk tidak mengerti… Justru itu semua membantu wak… bagi dapat ‘ HAJI ‘ berbelas-belas kali dlm sehari hanya berbekal $0.65 sen ( secawan teh) …………………………….. yang tak betul: Haji Wak aji

  6. Tenggiling Emas Says:

    Mcm mane plak kes Pak Aji yang curik2 air, elektrik lalu digunakan untuk mandi wajib? Erk??

  7. kak redha Says:

    betul tu…Duit cukup…belum tentu dapat pergi…moga allah permudahkan

  8. Hairul anuar Says:

    Assalammualaikum tuan
    Hj 65 tu Pak Cik saya, abang betul betul atas mak saya, saya selalau dengar cerita ini dari mak saya. Oleh kerana arwah abang dekat, mak yang banyak tahun tentang beliau.
    Cerita ini Memang benar benar berlaku bila arwah nenek tanya berapa yang engkau bawa masa pergi haji, arwah keluarkan Wang dari sakunya, duit Malaya. Wang itu yang beliau bawa pergi haji dan wang yang sama beliau bawa pulang.

    Terima kasih

Tinggalkan komen