Dan Adzan Tidak Lagi Berkumandang

Sempena RáMáDáN ál-MúBáRáK yang akan menjelang, tasbih dan tahmid akan berkumandang setiap malam dari masjid-masjid dengan alunan yang syahdu dan menginsafkan selepas Isyak. Mukminin dan mukminah — sama ada ketika tu berada di masjid, di rumah atau di mana-mana ajelah — rasa-rasanya mungkin tersentuh gak kalau tak banyak pun sikit hati-hati mereka bila alunan tasbih dan tahmid terawih tu sampai ke corong telinga.

Tapi tahun ni entahlah… Masjid Bukit Damansara tempat aku suka solat Jumaat tu pun dah kena sound dengan penduduk setempat sebab adzannya terlalu kuat dan menjadi audio nuisance kepada dia orang. Maka pihak masjid pun lower sikit volume adzan tu. Ni bukan kali pertama dan masjid pertama yang kena tempuh pengalaman gini. Dah banyak masjid di Malaysia yang terpaksa lalui desakan macam tu sebelum ni sejak bertahun-tahun dulu — sama ada bawah mana-mana kerajaan atau wakil rakyat pun. Macam mana dengan tasbih dan tahmid terawih nanti ek…?

20 Respons to “Dan Adzan Tidak Lagi Berkumandang”

  1. aik? kena sound jugak? org kaya xde agama ek? pui!

  2. dah bertahun2 tak de masalah…alih2 sekarang ni kuat sangat. masjid baru ker? sound system digital dts ker..surround sound. ishhh..pegi duduk dlm gua jer la

    • Masjid tu memang dah bertahun-tahun tak ada masalah tapi masjid-masjid lain dah bertahun-tahun alami masalah.

      Dan bila insan meninggalkan hukum Allah, maka Islam akan meninggalkan insan… Wallaahu a’lam…

  3. Bila bab ini, aku selalu mengambil sikap Husnuzon (bersangka baik)

  4. dah namanya pun azan, kenalah kuat-kuat. itu tidak sepatutnya ada argument. period.
    tapi part tasbih dan tahmid (plus bacaan al-quran) melalui loudspeaker masjid atau surau ada sedikit perdebatan sebenarnya. ada yang kata tidak boleh/perlu dan ada yang kata sebaliknya. agak panjang sebenarnya untuk dihuraikan di sini.

    • Huh? Ada ke orang yang perdebatkan perlu atau tak guna loudspeaker untuk tasbih dan tahmid terawih tu??? Serius??? Kat mana? Siapa ek? Adoi laaa… kompem ni mesti Melayu punya kerja gak ni kan? Ekekekekeke… aiyaaarrrkkksss…!!!

  5. Bunyi gendang kuil Hindu continuous sepanjang malam or loceng & ketuk2 kuil Buddha, boleh dibuat laporan/aduan/komplen ke?

    • Tak ada orang komplen kut selama ni? Atau komplen sedemikian tak dilayan? Barangkali komplen tu tak sampai ke pihak yang berpengaruh… Eheks.. Well… Biasanya orang Melayu Malaysia tak reti buat connection dengan orang berpengaruh sebab dia orang sendiri nak jadi oran gberpengaruh lantas cantas mencantas sesama orang berpengaruh mahupun yang tak berpengaruh, manakala Melayu Malaysia yang lain turut sama terpengaruh dan mempengaruhi satu sama lain… Karuh.. karuh.. Karut…

  6. Selamat menyambut bulan Ramadhan, semuga hidup kita diberkati dan dirahmati olehNYA.

  7. Tenggiling Emas Says:

    Yang pelik bila ade konsert ke, funfair ke bising2 tak plak diorang menyalak…ekekekkekeke….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: