Arkib untuk Julai, 2011

Tanggungjawab Siapa?

Posted in Puisi on 17 Julai 2011 by Najwa Aiman


Faktor Durian

Posted in Famili on 17 Julai 2011 by Najwa Aiman

Tu hasil daripada lapan biji durian yang dibeli tak sampai lima belas minit. Dihadap oleh enam orang… enam hantu? Hantu durian? Ofkoz… yang paling tak banyak dapat makan ialah beta sebagai tukang kopek… cet…!

Rupa-rupanya salah satu faktor durian ialah menemu dan menyatukan famili ek? Boleh tak durian menyatukan semula pasangan yang dah berpisah atau bercerai…? Mmmm… My opinion — boleh! Aharks…

Kembali…

Posted in Puisi on 16 Julai 2011 by Najwa Aiman

Terima kasih sayang…
Terima kasih atas nama seluruh hidupku…

Fool

Posted in Bodoh, Puisi on 12 Julai 2011 by Najwa Aiman


Ratah Nasi

Posted in Budaya, Nostalgia on 11 Julai 2011 by Najwa Aiman

Zaman aku belum baligh dulu, meratah lauk ni kiranya macam taboo. Suatu amalan terlarang yang berdosa besar konon-kononnya. Kalau makan lauk, mesti dengan nasi. Ratah-ratah ni dilarang sama sekali. Memang sungguh rasa macam dosa besar. Heran juga bila setahun sekali makan KFC kat restoran KFC zaman tu, boleh pula meratah ayam tanpa nasi. Tapi kalau tapau KFC bawa balik rumah, hukum tu kembali berkuatkuasa! Ekekekekeke…

Tapi kenapa ya? Agaknyalah, ikut teori aku yang berpandangan rabun ni, sebab zaman tok nenek kita dulu, lauk ni tinggi kosnya kut? Nak sediakan lauk perlu pergi memburu atau menjala, perlu minyak, perlu kayu api, perlu rempah ratus, perlu bahan-bahan nak masak. Sedangkan nasi hanya perlu beras, air dan kayu api je kut? Entahlah…

Anyways, aku memang suka meratah. Tapi zaman dah baligh ni, meratah tetap mahal. Nasi tiga suap dah boleh bagi kenyang sepanjang siang.

Kuning Biru Merah

Posted in Bencana, Bodoh, Ekonomi, Politik on 9 Julai 2011 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada blog Fa-T (tapi aku suspek dia kidnap gambar ni dari akhbar The Sun ek? Ekekekeke… Bukan ke…?)

Anyways, ni gambar perhimpunan kebersihan siang tadi. Gafaro yang pergi tengok perhimpunan kebersihan secara live siang tadi sehingga merasa dibelai dan diulit gas pemedih mata dan badan kata perhimpunan tu berada di beberapa kawasan lain juga sekitar KL. Tengok pada gambar kat atas tu, agak-agak berapa ribu orang tu?

Yang di atas ni pula gambar dari blog Hishamudin Rais di Tukar Tiub.

Dan kalau tanpa sekatan di lebuh raya, jalan raya dan stesen kenderaan awam, rasa-rasanya berapa ramai lagi ek…?

Jerawat

Posted in Nostalgia on 9 Julai 2011 by Najwa Aiman

Hari ni puak BERSIH berkumpul kat Pudu Raya dan stesen di KL. Cari apa pun tak tahu. Aku pun pula berkumpul dengan kengkawan sekolah rendah dulu di Subang Jaya. Cari nostalgia silam yang dah lama dikesan dan baru kini ketemu. Berdesup emosi seketika. Tak ada yang berubah. Aku pun tak berubah. Dan malam ni atas hidung aku tetiba tumbuh seketul jerawat… Aharks…!

Walau tak ternampak wajahnya, dari belakang pun tetap anggun dan bergaya... Cewah!

 

Di sini tersimpan kehebatan yang tersembunyi tau... hmmm... ehem...!


Yes... it was notalgic... Dan hanya dua orang je yang tak berubah masih nampak macam bebudak belum baligh kan? Aku salah sorang laaa... Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Memories

Posted in Famili, Nostalgia on 4 Julai 2011 by Najwa Aiman

Kesempurnaan Mengalpakan

Posted in Bencana on 3 Julai 2011 by Najwa Aiman

Pada pendapat aku yang berpendapatan rendah ni, antara faktor yang membuat kita terlupa tentang sesuatu ialah kerana sesuatu itu terlalu sempurna. Teramat sempurna tiada cacat-cela hingga kita terlupa ia wujud. Lebih-lebih lagi kalau ia sesuatu yang kita tak nampak. Misalnya perkhidmatan Indah Water. Sebab tak pernah lagi ada masalah dengan sistem pembetungan, dan perkhidmatannya pun jenis invisible, maka kita terlupa ia wujud, seharian bertungkus-lumus memastikan sistem pembetungan negara berjalan sempurna tanpa cacat-cela, lantas kita anggap ia tak penting dan kita pun tak bayar bil, kan? Bukan ke? Ke?

Selain tu, kasih sayang. Tak nampak kecuali kalau ia tak ada semasa kita perlukan. Bila ia sentiasa ada dan sempurna menyirami kita saban hari setiap saat dan detik, kita langsung terlupa bahawa kita sedang berendam di dalam kolam kasih sayang yang tak ternilai. Lantas kita pun alpa akan kewujudannya.

Sehinggalah ia tiba-tiba kering, justeru walau ia surut barang sedikit. Tatkala itu kita tersedar akan kekurangannya, dan kita pun teringat bahawa selama ini ia wujud sebegitu sempurna. Bila kita hampir kehilangannya, maka kita semakin gabra dan kelemasan.

Lumrah manusia… Maha Suci Allah yang menjadikan makhlukNya tidak sempurna, agar kita tidak terlalu alpa dan sentiasa beringat… Alhamdulillaah…

Kemahuanmu

Posted in Uncategorized on 1 Julai 2011 by Najwa Aiman