Wajibnya Sunat

Aku biasa buat Terawih lapan rakaat aje. Nak kata aku malas ke, tak beriman ke, tak cukup amal soleh ke, kaki maksiat lebih ke, bla bla bla… suka hati kau oranglah. Mulut kau orang, pahala kau orang, dosa kau orang, kubur kau orang, kan? Kan? Bukan ke? Ke? Aharks…

Anyways, sebab buat lapan je, maka dapatlah aku snap beberapa gambar orang berterawih. Jauh lebih ramai daripada bilangan jemaah Subuh, Zohor dan Asar.

Tapi, yang jauh lebih penting, apa sebenarnya yang kita rasa bila melihat betapa insan begitu tawaduk bersujud ke hadrat Ilahi Allah ‘azzawajalla…? Dan apa perasaan kita bila mengetahui bahawa ada insan-insan yang kita kenali langsung tak bersujud ke hadrat Allah SWT…?

9 Respons to “Wajibnya Sunat”

  1. gua ada kenal 1-2 makhluk yang dah lama tak sujud…. dan gua berdoa terbuka la hati dorang dan berharap jangan la ada lagi orang yang gua kenal jadi macam tu….

    ****lu punya soalan buat gua rasa bersalah la bang

  2. Soalan gua tu memang terbit dari rasa bersalah gua…

  3. runtuhnya agama kerna tiangnya rapuh…
    doakan untuk diri…
    dan “diri yang lain”…
    supaya sujud kembali….

    • Sayang melihat agama yang dah terbina runtuh akibat rapuhnya tiang. Lebih sayang melihat agama yang langsung tak terbina walau hanya dengan sebatang tiang.

  4. …walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya… walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya…

    • Hampir setiap hari nasyid yang dah berusia lebih 40 tahun tu berkumandang kan…? Tapi sebenarnya masih tak cukup terkesan. Kita dah kehilangan nikmat dan kelazatan iman sebenarnya… adoi laaa…

  5. Gambar Masjid kat mana ni ek? Cantik.

    • Ni masjid sultan Salahuddin Abdul Aziz PJ Old Town. Memang best! Fully aircon. Kalau (sekadar) duduk saf paling depan, boleh menggigil sejuk. Kalau solat saf paling depan, tak rasa sangat sejuknya. Ekekekeke…

  6. Orang selalu bertanya budak2 kecil – ‘Puasa tak hari ini?’ dan rasa seronok kalau budak2 berpuasa tetapi kurang bertanya “Dah sembahyang penuh tak hari ini”. Kita kena berubah mengajar anak2 kita. mengikut kajian budak2 berumur 9 tahun sudah tahu malu kalau ditanya puasa atau tidak dan kita boleh mengambil ikhtibar bahawa puasa akan dikawal oleh diri sendiri tetapi solat tidak begitu. Bapa2 kena arah anaknya solat dulu jangan pandai berjanji hadiah jika puasa penuh tetapi tidak bersolat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: