Minggir! Minggir!

Aku aje yang memang sengal macam ni, atau sebenarnya ni memang perkara biasa dan berlaku kat semua orang yang solat jemaah? Dah lama nak tanya tapi tak ingat je memanjang. Maka bersempena hari bekerja pertama dalam minggu kedua puasa Ramadan ni, aku tanyalah — kenapa dalam solat, especially solat jemaah, semakin lama kita akan beranjak tanapa sedar ke kanan? Kau orang tak faham soalan aku ni ek?

Biasanya paling mudah maklum hal ni kalau kita ada barang peribadi yang kita letak di depan mata kita, di tempat sujud, sebelum kita start solat. Dan paling berkesan nak tengok effect ni ialah bila solat terawih. Sebelum start solat kita akan letak, katalah, cermin mata dan kunci atas sejadah betul-betul depan kita antara dua kaki dan kedudukanya selaras dengan zakar (excuse me… ilmu… ilmu…). Tapi selepas dua rakaat atau lebih, kedudukan cermin mata dan kunci tu dah berada selaras dengan lutut kiri kita pula. Bukan lagi tengah-tengah. Tak logik kalau cermin mata dan kunci kita yang bergerak pula kan? Kan? Bukan ke? Ke?

10 Respons to “Minggir! Minggir!”

  1. sebab bila kita duduk ketika tahiyat akhir kita sengetkan badan. Cuba kita kekal seperti duduk antara dua sujud kemungkinan gerakan ke kanan tidak berlaku

    • Ekceli untuk terawih memang dari awal samapi ke sudah aku duduk iftirasy dan bukan duduk tawarruk untuk tahiyat akhir tapi still beranjak gak ke kanan. Aku tahu sebab setiap selepas dua rakaat, aku terpaksa alihkan spek aku. Dan jarak antara aku dengan makmum kanan dah renggang. In fact, aku punyalah nak kekalkan kedudukan, aku solat ikut style senior kita dulu abang Mohd Noh (ingat lagi tak?). Dia solat dulu, kaki kanan dia macam dipancang. Dari awal solat samapi ke penghabisan, tak beranjak kaki kanannya dari spot yang sama. Ingat tak?

  2. bumi ini sentiasa bergerak. so does our body. dan saya tahu, ini tetap tidak menjawab soalan anda hahahaha

  3. (laku lagi tak nak jawab neh?)
    tok guru aku ajar; tetapkan kedudukan kaki kanan.nak gerak2 atau nak kangkang lebih tu kaki kiri jer yg gerak2.tp aku tetap gagal nak buat..sakit kaki la terpeleot.tp aku perati tok guru aku boleh jer wat.dia dah byk pengalaman kot.(sanggup aku xkusyuk nk tgk dia buat masa jadi makmum).tp kalo solat sorang boleh jer cuma kalo jemaah tu sukar nk tetap sebab orang2 sebelah2 aku sama mcm ko jgk,suka berganjak2.

    • Yup… aku buat teknik yang sama. Kaki kanan tetap kedudukan. Tapi masih berganjak gak. Barangkali karpet tu yang bergerak…? Hmmm… musykil nih…

    • wah..teknik dah betul cuma xkena tektik.mungkin kurang pengalaman.kurang pengalaman gaji pun tak banyak la.huhu.ok?ok la kot.selamat berjaya.
      (dgn aku2 sekali dok perati kaki orang termasuk imam.tak kusyuk dah.adoi..kusyuk2.bukan nak salahkan ko jd xkusyuk tp dah aku ni melayu mestilah cari salah orang.haha..sori)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: