Arkib untuk 15 Ogos 2011

Teknik “Separuh Suap”

Posted in Etnik, Quips on 15 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Selain lidah Melayu, suku mana lagi ek yang mengajar guna teknik separuh suap? Ingatkan cikgu yang mengajar bebudak je yang guna teknik ni. Tapi ustaz-ustaz yang mengajar orang dewasa dan orang tua pun guna teknik ni tau. Misalnya, dalam bulan puasa ni, kalau bicara hal yang membatalkan puasa, dia orang akan kata; “Kalau kita bersetubuh di siang hari maka puasa kita akan baaaa…?” Lepas tu dia akan pause sekejap dalam dua tiga saat, dan kemudian dia akan sambung; “…taaaaaaaalll.” Pastu dia akan sambung lagi; “Maka kita kena apa? Kena bayar fid…?” dia pause lagi dua tiga saat, dan kemudian sambung; “…yaaaaaaaaaaah.”

Masa pause dua tiga saat tu nampak macam nak suruh kita sambung denganjawapan, tapi balik-balik dia yang sambung bagi jawapan, kan? Kan? Ni teknik dalam pedagogy atau andragogy ni ek?

p/s: Bukanlah… gambar atas tu bukan ceramah agama. Bertuah kalau dapat ramai macam tu untuk majlis ilmu. Tu ceramah politik.