Arkib untuk 19 Ogos 2011

Irama Zaman Mana?

Posted in Hiburan on 19 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Betul ke lagu-lagu raya lama tu lebih nostalgia dan menyentuh jiwa? Well… jawapan aku mungkin bias dan prejudis la kan sebab lagu-lagu lama tu ialah lagu-lagu zaman aku… ekekekeke… But then again, kalau dah demikian, tanya sesiapa pun jawapannya pasti prejudis kan? Kan?

Tapi aku rasa bukan era atau zaman lagu tu dikeluarkan, kan? Tapi lagu tu sendiri kut? Lagu Manusia Miskin Kaya nyanyian Eddy Nor Ali masih sedap kat telinga aku sekarang ni walaupun masa lagu tu keluar dulu rasa-rasanya aku belum lahir lagi kut? Samalah macam lagu Dendang Perantau nyanyian P. Ramlee kan? Dan lagu Suatu Hari di Hari Raya daripada M Nasir keluar semasa aku dah dekat-dekat nak kahwin. Lagu Seloka Aidilfitri Hail & Uji tu keluar masa aku masih belum baligh rasa-rasanya. Dan lagu Suasana Hari Raya Anuar & Ellina keluar masa aku dah baligh. Zaman berbeza tu. Apatah lagi lagu Suara Takbir original version dendangan P. Ramlee yang memang kompem aku belum lahir lagi semasa lagu tu dicipta.

Apa-apa hal pun jangan lupa lirik takbir raya di pagi Aidilfitri nanti ek… Dan janganlah lagi masih ada juga malaun mana-mana yang dok pegang gak pada fatwa bertakbir raya bukan pada harinya tu dihukumkan haram. Memang haram jadah orang macam tu buat hukum macam lahanat. Alamat nak kena sembelih buat gulai raya! Cet…!

Selamat Memperolehi Reda Allah ke SyurgaNya

Seribu Kali Kalau Mampu

Posted in Islam on 19 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Hening sungguh pula malam ni… Aku jalan kaki ikut jalan biasa dari masjid ke rumah selepas terawih. Tapi ada rasa bezalah malam ni berbanding malam-malam sebelum ni. Ada yang tak ada malam ni… rumah fesyen lama kat hujung lorong ni tak ada manusia yang selalu lepak layan motor dan gitar kat pintu pagar. Rumah tepi simpang yang memang bela teramat banyak kucing yang selalu lepak dan mengiau-ngiau dari tepi jalan bila aku melintas tak nampak sekor pun malam ni. Rumah orang kaya dua tingkat opposite kepala simpang yang biasa ada suara bebudak menjerit-jerit jadi senyap sunyi. Mamat yang selalu pakai boxer berjalan berlawanan arah dengan aku dan selalu bertembung kat corner nak menghala ke rumah aku malam ni tak nampak langsung batang hidung dan sebarang batang lain.

Apakah malam ini padanya ada al-Qadar…? Dan kepala aku mula bertanya soalan yang sama seperti tahun-tahun lepas — kalau pada malam al-Qadar amal ibadat berganda 1000 bulan, maka demikian juga ke amalan maksiat pada malam tu…?