Irama Zaman Mana?

Betul ke lagu-lagu raya lama tu lebih nostalgia dan menyentuh jiwa? Well… jawapan aku mungkin bias dan prejudis la kan sebab lagu-lagu lama tu ialah lagu-lagu zaman aku… ekekekeke… But then again, kalau dah demikian, tanya sesiapa pun jawapannya pasti prejudis kan? Kan?

Tapi aku rasa bukan era atau zaman lagu tu dikeluarkan, kan? Tapi lagu tu sendiri kut? Lagu Manusia Miskin Kaya nyanyian Eddy Nor Ali masih sedap kat telinga aku sekarang ni walaupun masa lagu tu keluar dulu rasa-rasanya aku belum lahir lagi kut? Samalah macam lagu Dendang Perantau nyanyian P. Ramlee kan? Dan lagu Suatu Hari di Hari Raya daripada M Nasir keluar semasa aku dah dekat-dekat nak kahwin. Lagu Seloka Aidilfitri Hail & Uji tu keluar masa aku masih belum baligh rasa-rasanya. Dan lagu Suasana Hari Raya Anuar & Ellina keluar masa aku dah baligh. Zaman berbeza tu. Apatah lagi lagu Suara Takbir original version dendangan P. Ramlee yang memang kompem aku belum lahir lagi semasa lagu tu dicipta.

Apa-apa hal pun jangan lupa lirik takbir raya di pagi Aidilfitri nanti ek… Dan janganlah lagi masih ada juga malaun mana-mana yang dok pegang gak pada fatwa bertakbir raya bukan pada harinya tu dihukumkan haram. Memang haram jadah orang macam tu buat hukum macam lahanat. Alamat nak kena sembelih buat gulai raya! Cet…!

Selamat Memperolehi Reda Allah ke SyurgaNya

8 Respons to “Irama Zaman Mana?”

  1. Aku suka M Nasir – “Salam Dunia” – bunyi gembira dan rasa2 satu dunia boleh enjoy

  2. raznul faisu Says:

    Mat Salleh Muslim kat UK nyanyi lagu apa? Ada ke Suatu Hari di Hari Raya versi Inggeris? hehehe

  3. bang lu ada dengar ke orang buat hukum macam tu?

    • Ye lorrr… Member ofis cakap. Tapi beberapa tahun lama dulu memang pernah jadi isu kalau tak silap sama ada Era FM atau Hot FM siarkan lagu raya di awal puasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: