Arkib untuk 20 Ogos 2011

Kita Tetap Disayangi Dalam Tidur

Posted in Islam, Pendidikan, Perubatan, Sumber on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dalam fasa terakhir RáMáDáN ál-MúBáRáK ni, Rasulullah SAW dah mula tak tidur malam. Baginda beribadat sepanjang malam untuk dapatkan keredaan Allah SWT masuk ke syurgaNya — walaupun baginda memang dah kompem akan masuk punya. Tak tidur selama 10 hari? Mampu ke kita…? Kajian sains perubatan kata semakin tua semakin banyak lena dan semakin susah nak bangun tidur. Patutlah orang muda lebih banyak aktiviti malam hari ek…? Eheks…

Anyways, makin susah nak bangun dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah SWT, maka dikira makin beratlah dugaannya tu kan? Kan? Dan makin berat dugaannya, kira makin besarlah ganjaran kan? Satu dugaan yang amat ringaa bagi orang muda tetapi amat berat bagi orang tua (yang pada masa tu dianggap semakin dekat dengan mati). Subhanallah! Sungguh Allah Maha Pengasih dan amat-amat menyayangi hamba-hambaNya…! Subhanallaah…!

Reti Anyam Ketupat…?

Posted in Budaya on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Antara khazanah seni yang ditinggalkan budaya Melayu, kan? Reti tak nak anyam ketupat? Dah lama nak belajar. Seronok banget! Kat ofis hari tu aku tanya dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh orang staf perempuan. Sorang pun tak reti. Akhirnya dua orang staf lelaki yang ajar aku menganyam ketupat. Aharks…! But then again… kenapa mesti orang perempuan yang aku tanya ek? Kenapa aku assume orang perempuan mesti reti anyam ketupat ek? Adoi laaa… aku masihi seksis rupa-rupanya dalam bab anyam ketupat ni. Sungguh ketupat betul…

Ada satu laman web yang aku syak dari Singapura yang aku terjumpa mengajar kaedah menganyam ni. But then again, bahagian paling kritikal dalam menganyam ni bagi aku bukanlah anyamannya, tapi penyudahnya — macam mana nak matikan anyaman tu. Kau orang yang tak reti bolehlah cuba. Ni skil dan kemahiran Melayu yang dah makin pupus tau…