Arkib untuk 24 Ogos 2011

Sempat Lagi Ke Nak “Khuluk Dosa”?

Posted in Fiqh, Gomen, Islam on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Merata-ratalah pula lagu-lagu raya sekarang ek? Tak ada ke pihak berkuasa tempatan ke, persekutuan ke, Bangsa-Bangsa Bersatu ke, haper ke, nak menghukumkan haram pasang lagu raya sekarang ni? Ada tak? Yang nak menghukumkan haram bertakbir raya sekarang ni sebelum tiba 1 Syawal ada tak? Ada? Hah… berfatwalah kalian mengejar nama… Aharks…!

Ada lebih kurang lima atau enam kali terawih lagi ni kan? Moga usia kita Allah SWT lanjutkan sampai ke saat terakhir Ramadan. Banyak nak dikejar ni, tapi masa makin suntuk, kudrat makin kering. Tapi kalau ditakdirkan Allah kita mati sebelum berakhir Ramadan, biarlah di saat-saat terakhir Ramadan masih bersisa supaya kita tetap dapat berkat dan fadilat Ramadan ni, dan supaya mati kita tak menyusahkan waris kita… insyaAllah…

“Puasa Khuluk”? Ada ke…?

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dah mood raya ke?Yalah kut agaknya ek? Ofis kau orang semua dah gantung kad raya dan ketupat reben ek? Sesetengah pejabat sia buat pertandingan you…! Hadiah macam-macam — daripada duit sampai ke trofi. Yalah! Tak tipu! Trofi beb! Aharks… Dan, anak Amy Search – Nabila Huda – tuntut cerai. Talak khuluk. Tebus talak.

Anyways, ni tak ada kena mengena dengan Nabila. Saja terfikir. Talak khuluk ni berlaku bila suami isteri memang dah tak boleh hidup bersama, tapi suami tak mahu ceraikan isteri dia atas sebab-sebab yang… well… walau apa pun sebabnya, tetap bodoh belakalah tu… eheks…! So bila suami tak mahu jugak-jugak ceraikan isteri, maka alternatif lain bagi isteri ialah tebus talak — tuntut diceraikan dengan dibayar pampasan kepada suami. Kiranya macam beli talaklah. Ni memang dihalalkan dalam syariah.

Tapi jenuh gak memikirkan situasi tebus talak ni. Yalah… Dah kalau isteri tak mahu sangat-sangat dah nak teruskan hidup bersama, yang si suami berat sangat nak lepaskan tu kenapa? Apatah lagi kalau alasan isteri tak mahu teruskan hidup bersama tu ialah sebab dah berubah hati kat lelaki lain, tak gitu? Maksudnya, suami dia tu lebih rela isteri dia berzina dan bergelumang dosa nusyuz terhadap dia daripada melepaskan wanita tu agar dapat melalui proses pernikahan yang sah dan tak lagi hidup dalam derhaka terhadap suami. Boleh ke dianggap suami jenis gitu sayangkan bini? Atau sebenarnya jenis pentingkan diri sendiri? Hmmm…

Anyways, puasa so far lengkap dan sempurna tak? Cukup tak? Kalau tak cukup, lepas ni ada yang kena puasa khuluk ni…