Arkib untuk 26 Ogos 2011

Apa Itu Mood Raya?

Posted in Budaya, Sosial on 26 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Mana le aku tahu… Terasa layan je emosi bila dengar lagu-lagu hari raya? Hati dan perasaan dah tak ada kat tempat di mana kita sedang berada tetapi berada di mana kita imaginasikan kita nak sambut raya? Dah tak hirau sangat sama ada juadah berbuka puasa mewah dan lazat atau tak? Dah tak pergi masjid berterawih lagi dah? Dah tak mengaji dan bertadarus lagi dah?

Dan selalunya mood raya ni bertahan berapa lama ek? Sehingga selepas solat sunat Aidilfitri? Masuk raya kedua? Seminggu? Sebulan? Sehingga kompeni buat jamuan raya? Selagi masih boleh terasa duit setiap kali tangan menyeluk poket dan dompet? Aharks… tahun ni aku dapat banyak sampul angpau raya kosong, tapi rasa-rasanya akan lebih banyak tinggal kosong daripada berisi… adoi laaa… Tak ada ke saintis bijak pandai nak cipta sampul raya yang kalau isi dua puluh sen pun terasa dari luar macam berisi duit kertas? Hmmm…?

Dan tahun ni Salleh Yaakob beraya kat mana ek…?

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá