Arkib untuk 27 Ogos 2011

“Raya Ni Tak Pakai Songkok”

Posted in Famili on 27 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Semalam, aku iftar kat luar lagi. Menu? Buah kurma tiga biji + air kopi panas vending machine… eheks…! Sebab? Well… lampu tembok yang besar dan berat tu sudah jatuh atas kepala Aiman Azizy. Darah keluar membuak-buak macam visual FX Hollywood dalam adegan ganas brutal kategori SG18. Azizy punya menangis menjerit-jerit… Maka Permaisuri dan beta pun bergegas meredah trafik petang Jumaat Ramadan jam 6:00 PM yang sesak macam setan terlepas rantai tu untuk ke hospital. Misi-misi yang (apalah nasib… dah kahwin daaa…) on duty petang hari tu pun buat dressing dan mencukur sebahagian rambut Azizy yang hensem macam Ayahanda dia tu (ehem… Uhuk!) dengan berhati-hati penuh profesional. Senyap pula Si Azizy ni. Boleh sembang-sembang lagi. Tak sakit ek…? Pulok…

Panjang gak luka tu kan? Misi kata nampak macam tak dalam tapi sebenarnya luka tu dalam keadaan tertutup dan boleh dibuka lagi. Weh! Tak payahlah buka! “Aku tutup sekarang?” “Nanti!” “Aku tutup?!” “Nanti!” Begitu kata Labu dan Labi di depan Haji Hitler Kemetot semasa nak meminang Cikgu Morni untuk Haji Bakhil… kan? Kan?

Adinda dan Ayahanda beta hantar SMS tanya status Azizy. Aku pun kirimkan gambar kat atas tu. “Raya ni tak payah pakai songkok,” balas Adinda aku. “Pakai serban je.” Adoi laaa… Ada ke patut semasa doktor sibuk jahit kepala dia, Si Azizy sibuk menyanyi-nyanyi. Boleh pula sambil-sambil tu komen “Sakitlah doktor ni buat!” Bila doktor kata “Sorry… sorry…” Azizy tanya doktor tu; “Kena otak saya tak?” Adakah…???

“Macam anak Pakistan!” kata Permaisuri semasa aku pakaikan serban ni kat Azizy hari tu. Okeylah tu sebab ada perkataan “macam”…  Kat aku dia kata macam Taliban!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá