“Raya Ni Tak Pakai Songkok”

Semalam, aku iftar kat luar lagi. Menu? Buah kurma tiga biji + air kopi panas vending machine… eheks…! Sebab? Well… lampu tembok yang besar dan berat tu sudah jatuh atas kepala Aiman Azizy. Darah keluar membuak-buak macam visual FX Hollywood dalam adegan ganas brutal kategori SG18. Azizy punya menangis menjerit-jerit… Maka Permaisuri dan beta pun bergegas meredah trafik petang Jumaat Ramadan jam 6:00 PM yang sesak macam setan terlepas rantai tu untuk ke hospital. Misi-misi yang (apalah nasib… dah kahwin daaa…) on duty petang hari tu pun buat dressing dan mencukur sebahagian rambut Azizy yang hensem macam Ayahanda dia tu (ehem… Uhuk!) dengan berhati-hati penuh profesional. Senyap pula Si Azizy ni. Boleh sembang-sembang lagi. Tak sakit ek…? Pulok…

Panjang gak luka tu kan? Misi kata nampak macam tak dalam tapi sebenarnya luka tu dalam keadaan tertutup dan boleh dibuka lagi. Weh! Tak payahlah buka! “Aku tutup sekarang?” “Nanti!” “Aku tutup?!” “Nanti!” Begitu kata Labu dan Labi di depan Haji Hitler Kemetot semasa nak meminang Cikgu Morni untuk Haji Bakhil… kan? Kan?

Adinda dan Ayahanda beta hantar SMS tanya status Azizy. Aku pun kirimkan gambar kat atas tu. “Raya ni tak payah pakai songkok,” balas Adinda aku. “Pakai serban je.” Adoi laaa… Ada ke patut semasa doktor sibuk jahit kepala dia, Si Azizy sibuk menyanyi-nyanyi. Boleh pula sambil-sambil tu komen “Sakitlah doktor ni buat!” Bila doktor kata “Sorry… sorry…” Azizy tanya doktor tu; “Kena otak saya tak?” Adakah…???

“Macam anak Pakistan!” kata Permaisuri semasa aku pakaikan serban ni kat Azizy hari tu. Okeylah tu sebab ada perkataan “macam”…  Kat aku dia kata macam Taliban!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

Advertisements

11 Respons to ““Raya Ni Tak Pakai Songkok””

  1. isk. kasihan, tapi tak pa…ada rupa shah rukh khan pakai sarban!

  2. bro, takziah untuk anak hang…tapi xleh blah masa dia komplen doktor jahit kena otak tu…hahahaha…wooo…dikelilingi nurse terus elok…mcm kenal je watak tu in real life…hahahaha…

  3. […] Jumaat sudah cedera kepala. Terbuka kulit kepala sampai kena tiga jahit. Benang ala tangsi warna biru kat […]

  4. Hari ni…pecah berjahit berbalut berserban……mana tahu 10 tahun lagi 30 Juzuk tersemat terpahat jadi hafalan…..amacam..?????

  5. Kasihan nya. Anak2 memang fragile sangat. Kita control ke tidak, kemalangan nak jadi. Berhati2 je

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: