Arkib untuk Oktober, 2011

Siapa Nak Tangkap?

Posted in Gomen, Quips on 31 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Kau orang pun ada gambar ni kan? Kau orang dapat gambar daripada kengkawan atau kau orang sebenarnya salah sorang manusia dalam gambar tu yang sedang sibuk snap gambar biawak beromen? Ekekekeke…

Anyways, biawak buat macam ni di khalayak ramai tak apa. Pegawai hendap daripada jabatan agama tak tangkap punya… Kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Atau… dah ada fatwa baru pula sekarang? Biawak mesti ada permit beromen di khalayak ramai? Siapa nak tangkap tu? Nak dakwa kat mana?

p/s: Rasa-rasanya ni bukan Malaysia sebab ramai penunggang dan pembonceng motosikal tak pakai helmet. Kalau kat Malaysia ni, rasa-rasanya dah boleh mengakibatkan traffic jam sepanjang PLUS highway nih! Aiyaaarrrkkksss…!

Boleh Kontrol Ke?

Posted in Idea on 30 Oktober 2011 by Najwa Aiman

(Haji) Garn — member lama beta — selalu cakap dulu “How can you control the world if you can’t control your own butt.” Dan ya, dia cakap tu dalam bahasa Inggeris tu le. Dan dia cakap macam tu sebab setiap kali nak keluar dengan dia dan member-member, aku mesti kena masuk jamban dulu at least dua kali.

Betul gak kan? Tapi selama hidup ni (dan so far masih hidup, alhamdulillah), aku dapati ada banyak perkara yang manusia boleh kontrol. TETAPI, bukan semua benda manusia boleh kontrol walaupun benda tu ada pada diri manusia tu sendiri. Bagi aku, ada dua perkara pada diri manusia tu sendiri yang manusia tak boleh kontrol — (1) kesakitan (ni fizikal kan?); dan (2) perasaan (ni emosi kan?). Kalau jari pedih terkerat dek pisau, memang pedihlah. Macam mana nak kontrol pedih sakit kat jari tu? Letak ubat pelali tu hal lain. Sendiri punya control mechanism? No way.

Dan kalau di hati datang perasaan marah? Well, memang boleh kontrol fizikal untuk tak memanifestasikan marah tu, tapi marah tu tetap ada dalam hati, kan? Kan? Macam mana pula kalau datang kasih, sayang, cinta dalam hati? Nak kontrol macam mana? Kontrol fizikal memang boleh. Misalnya kalau rasa tu salah (e.g. jatuh hati kat suami orang atau bini orang), simpan sendiri je dan jangan buat apa-apa. Tapi nak kontrol emosi tu sendiri macam mana? Nak bendung, buang atau suburkan? How? Timkai? Boleh?

Maha Suci Tuhan Yang Maha Bijaksana menjadikan niat yang baik dengan satu ganjaran, manakala niat yang tak baik tidak diberikannya dosa sehinggalah niat tu dijadikan kenyataan dalam perbuatan. Maka manusia diberi kuasa untuk mengawal perbuatan, tapi lemah dalam menguasai perasaan sendiri. Macam mana nak kuasai perasaan orang lain kalau perasaan sendiri pun tak dapat dikuasai kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Sekali Tekan Je

Posted in Hiburan, Quips on 25 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Kenapa setiap kali ada adegan manusia yang sedang berada dalam kereta sedang diserang oleh orang jahat, penyangak, penyamun, perogol, binatang buas, hantu, jembalang mahupun makhluk asing, mesti manusia yang dalam kereta tu akan bersungguh-sungguh dan bersusah payah menekan kunci semua pintu kereta dia tu — setiap satu pintu. Kenapa tak tekan central lock kat pintu drebar je macam kereta kita kat Malaysia ni? Sebenarnya filem-filem Hollywood kat Astro movie channel tu semua dibikin dalam tahun berapa ek? Atau kenderaan yang digunakan dalam filem-filem Hollywood tu semua kenderaan lama ek? Atau sebenarnya tu sekadar elemen suspens jek…? Atau kenderaan Amerika memang semua jenis kunci pintunya gitu? Tak ada central lock kat pintu drebar?

Kalau kena limo yang panjang sampai kena ada lapan pintu pula macam mana? Jembalang perlu buka pintu ke nak masuk dalam kereta?

Anak Dara Macam Ummi

Posted in Famili on 22 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Minggu lepas semasa aku kat ofis, tetiba Ayahanda telefon. “Ustaz Najwa telefon. Dia bagi tahu Najwa sakit perut dan muntah-muntah.” Huh???

“Mungkin dia nak period,” kata Ayahanda. Hah??? Alamak!!! Macam mana nak handle ni…? Aku telefon Permaisuri bagi tahu apa dah berlaku pada Najwa dan teori Ayahanda.

“Errr… Zah handle hal ni boleh tak? Boleh kan? Kan? Kan…?” Adoi laaa… Dah tu apa lagi yang aku boleh buat? Aku bukannya pernah period weh!

Anyways… On a different note, ni cuma aku atau memang orang lelaki lain yang normal pun rasa macam ni? I mean, aku selalu mahukan Puteri aku Aimy Najwa membesar remaja sebagai wanita yang punya ciri-ciri macam Ummi dia. Dari segi personaliti, serba sikit iras-iras paras rupa serta bentuk tubuh badan. Sebab? Well… sebab bagi aku tu akan buat Najwa cantik, jelita dan berperawakan menarik dan attractive. Peduli apa aku kalau kau orang tak setuju… Cet! Dah tu cita rasa aku… Apa? Kau orang jeles ke? Ekekekekeke…

So, normal ke tu? Normal le kan? Bukan ke? Ke…? Dan ofkoz… bila aku maksudkan iras paras rupa dan bentuk tubuh badan macam Ummi dia tu, ialah semasa Ummi dia muda-muda remaja dulu le…

Sedap Untuk Dua Orang Saja

Posted in Famili, Nostalgia on 22 Oktober 2011 by Najwa Aiman

“Honeymoon” ni apa sebenarnya ek? Entahlah, tapi rasa-rasanya ni antara perkataan bahasa Inggeris yang dialihbahasakan sebiji-sebiji ke bahasa Melayu — “bulan madu”. Kan? Kan?

Anyways, yang aku tahu honeymoon ialah bila kita bercuti berdua je. “Bercuti” as in tak buat apa-apa selain yang menyeronokkan dua orang aje. Kan? Tak payah pergi ofis, tak payah bancuh susu anak, tak payah basuh baju dan pinggan mangkuk, bla bla bla… hanya buat aktiviti yang menyeronokkan kedua-duanya je. Kan? Well… kalau betul, memang sedap betul. Kalau tak betul, peduli apa aku! Yang aku tahu minggu depan ni hari Rabu, aku dengan Permaisuri akan honeymoon! Putera Puteri beta dok diam-diam jauh-jauh ek… Aharks!

Errr… Selain “honeymoon”, perkataan Inggeris apa lagi yang ditranslate sebiji-biji ke bahasa Melayu ek…?

Semalam di Tepi TAR

Posted in Famili, Sosial on 16 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Semalam, wa cakap lu, aku ke Pasar Malam Jalan TAR. Rasa-rasanya ni kali ke tiga seumur hidup aku ke situ. Kali terakhir aku ke sana, kalau tak silap, ialah seputar tahun 1993. Yup! Betul! Aku tak tipu! Tak ada faedah nak menipu kau orang pasal ni! Tapi zaman tu Pasar Malam Jalan TAR dilokasikan di atas Jalan TAR tu sendiri. Sekarang? Well… Pasar Malam Lorong TAR lebih sesuai kut? Entah…

Permaisuri beta dah lama teringin sangat nak ke situ. Maka semalam aku membahagiakan dia serta Putera dan Puteri ke sana. Naik LRT aje. Aku tak berapa gemar sangat pasar-pasar sesak macam ni. Apa beza Pasar Malam Jalan TAR dengan pasar-pasar malam lain ek? Entah… produk sama kut, kecuali gerainya (yang menjual produk yang hampir serupa belaka) jauh lebih banyak sebab kawasan pasar malamnya lebih luas. Tu je kut? Harga? Kalau nak murah lebih baik pergi Petaling Street kan? Bukan ke? Ke?

Apa istilah saintifik sebenar ubi kentang gulung goreng ni ek...?

Anyways, Putera Puteri aku berkenan ubi kentang gulung goreng ni. Apa istilah sebenar makanan ni ek? Kali pertama dia orang jumpa kentang gulung ni semasa honeymoon Permaisuri dan aku (ya, honeymoon bawa anak-anak.. cet!) kat Melaka dulu. Dan nope… honeymoon tu tak menghasilkan apa-apa produk walaupun proses tetap berjalan dengan begitu rancak sebab proses tu dijalankan under controlled environment untuk tidak menghasilkan lagi sebarang produk. Tu pun nak tahu ke? Pohdah… cit!

On the way nak balik, singgah sat kat gerai kasut kat koridor bazar Masjid India tu. Bila tauke-taukenya bercakap dengan Permaisuri aku, keluaqlah depa punya loyar buruk dalam slang utara. Patutlah… Layan… Tapi bila Najwa dan Azizy sibuk dok tanya aku “Siapa yang pakai selipar ni Abah? Dinasour ke?” aku pelik tapi asalnya tak layan. Tapi bila dia orang masih terus bertanya aku pun beri perhatian. Laa haula wa laa quwata illa billaah…! Patutlah… Siapa yang pakai selipar ni…?

Awek Tu Nyamuk Beb…

Posted in Bebel, Bodoh, Semasa, Sumber on 15 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Kau orang mesti ada baca berita kat Harian Metro ni kan?

Kerat alat kelamin akibat putus cinta
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah… (baca habis)

Ngeri pula membacanya. Kerat bahagian lain tak boleh ke? Kenapa mesti kat situ…? Kenapa bakar kelambu bila marah nyamuk? Tapi apa-apa hal pun, ni pengajaran tau… NOTE: Buat yang opposite – kasi asah tambah panjang, keras dan mantap. Jangan kasi. Faham? Jangan “KASI”… Dan remember: awek lain masih mahu pakai benda tu. Dan zaman sekarang ni, balak lain pun ada yang berminat nak pakai benda tu… adoi laaa…