Semalam di Tepi TAR

Semalam, wa cakap lu, aku ke Pasar Malam Jalan TAR. Rasa-rasanya ni kali ke tiga seumur hidup aku ke situ. Kali terakhir aku ke sana, kalau tak silap, ialah seputar tahun 1993. Yup! Betul! Aku tak tipu! Tak ada faedah nak menipu kau orang pasal ni! Tapi zaman tu Pasar Malam Jalan TAR dilokasikan di atas Jalan TAR tu sendiri. Sekarang? Well… Pasar Malam Lorong TAR lebih sesuai kut? Entah…

Permaisuri beta dah lama teringin sangat nak ke situ. Maka semalam aku membahagiakan dia serta Putera dan Puteri ke sana. Naik LRT aje. Aku tak berapa gemar sangat pasar-pasar sesak macam ni. Apa beza Pasar Malam Jalan TAR dengan pasar-pasar malam lain ek? Entah… produk sama kut, kecuali gerainya (yang menjual produk yang hampir serupa belaka) jauh lebih banyak sebab kawasan pasar malamnya lebih luas. Tu je kut? Harga? Kalau nak murah lebih baik pergi Petaling Street kan? Bukan ke? Ke?

Apa istilah saintifik sebenar ubi kentang gulung goreng ni ek...?

Anyways, Putera Puteri aku berkenan ubi kentang gulung goreng ni. Apa istilah sebenar makanan ni ek? Kali pertama dia orang jumpa kentang gulung ni semasa honeymoon Permaisuri dan aku (ya, honeymoon bawa anak-anak.. cet!) kat Melaka dulu. Dan nope… honeymoon tu tak menghasilkan apa-apa produk walaupun proses tetap berjalan dengan begitu rancak sebab proses tu dijalankan under controlled environment untuk tidak menghasilkan lagi sebarang produk. Tu pun nak tahu ke? Pohdah… cit!

On the way nak balik, singgah sat kat gerai kasut kat koridor bazar Masjid India tu. Bila tauke-taukenya bercakap dengan Permaisuri aku, keluaqlah depa punya loyar buruk dalam slang utara. Patutlah… Layan… Tapi bila Najwa dan Azizy sibuk dok tanya aku “Siapa yang pakai selipar ni Abah? Dinasour ke?” aku pelik tapi asalnya tak layan. Tapi bila dia orang masih terus bertanya aku pun beri perhatian. Laa haula wa laa quwata illa billaah…! Patutlah… Siapa yang pakai selipar ni…?

8 Respons to “Semalam di Tepi TAR”

  1. tu beg galas la…..

  2. selangor mansion tu ada kedai mamak bertajuk mansion tea stall area medan bunus masjid india ngadap jejantas lintas sungai, nampak gaya lu ke turun lagi!

    • Nampak gayanya gitu… Tapi kali ni tak boleh bawa anggota tentera betalah. Ni jenis lepak yang lebih sesuai dengan para pemburu hantu dna pemburu maksiat macam gua ni… ekekekekekeke…

  3. selipar besar tu buat tempeleng MD gua bagus tu muahahaha

  4. selipar tu kalau buat main baling tin bagus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: