Boleh Kontrol Ke?

(Haji) Garn — member lama beta — selalu cakap dulu “How can you control the world if you can’t control your own butt.” Dan ya, dia cakap tu dalam bahasa Inggeris tu le. Dan dia cakap macam tu sebab setiap kali nak keluar dengan dia dan member-member, aku mesti kena masuk jamban dulu at least dua kali.

Betul gak kan? Tapi selama hidup ni (dan so far masih hidup, alhamdulillah), aku dapati ada banyak perkara yang manusia boleh kontrol. TETAPI, bukan semua benda manusia boleh kontrol walaupun benda tu ada pada diri manusia tu sendiri. Bagi aku, ada dua perkara pada diri manusia tu sendiri yang manusia tak boleh kontrol — (1) kesakitan (ni fizikal kan?); dan (2) perasaan (ni emosi kan?). Kalau jari pedih terkerat dek pisau, memang pedihlah. Macam mana nak kontrol pedih sakit kat jari tu? Letak ubat pelali tu hal lain. Sendiri punya control mechanism? No way.

Dan kalau di hati datang perasaan marah? Well, memang boleh kontrol fizikal untuk tak memanifestasikan marah tu, tapi marah tu tetap ada dalam hati, kan? Kan? Macam mana pula kalau datang kasih, sayang, cinta dalam hati? Nak kontrol macam mana? Kontrol fizikal memang boleh. Misalnya kalau rasa tu salah (e.g. jatuh hati kat suami orang atau bini orang), simpan sendiri je dan jangan buat apa-apa. Tapi nak kontrol emosi tu sendiri macam mana? Nak bendung, buang atau suburkan? How? Timkai? Boleh?

Maha Suci Tuhan Yang Maha Bijaksana menjadikan niat yang baik dengan satu ganjaran, manakala niat yang tak baik tidak diberikannya dosa sehinggalah niat tu dijadikan kenyataan dalam perbuatan. Maka manusia diberi kuasa untuk mengawal perbuatan, tapi lemah dalam menguasai perasaan sendiri. Macam mana nak kuasai perasaan orang lain kalau perasaan sendiri pun tak dapat dikuasai kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Advertisements

6 Respons to “Boleh Kontrol Ke?”

  1. sayang enche naj…

    ****adakah perasaan ini perlu dibendung? lagi lagi dengan badan ku dipenuhi bintat demam campak?

  2. kena belajar yoga barangkali. eh, dah haram kan?

  3. membantu tuu…idak leee , ‘ buang tebiat ‘ ada la kot…!!??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: