Arkib untuk November, 2011

Kalau Permaisuri Cuti…

Posted in Famili, Santap on 29 November 2011 by Najwa Aiman

Ni yang nak marah ni… Setiap kali Permaisuri cuti, dia mesti memasak. Dah hobi dia memasak, nak buat macam mana, kan? Kan? Dah tu lazat pula tu. Maka semalam sempena cuti ganti Awal Muharram, dia beli ketam. Masak gulai lemak ketam. Kemudian ikan cencaru bakar. Dah memang dia tahu aku paling suka inkan cencaru. Balut dengan daun kunyit lagi. Dan air asam dia yang famaous tu… perghhh…! Lepas tu ada kangkung belaacan pula. Dan semalam aku memang tak masuk dapur langsung. Dia dengan maid dok mengerjakan semua menu tu.

Lantas aku pun dengan tak malunya makan tengah hari tiga pinggan nasi. Langsung pesan kat Permaisuri yang aku takkan dinner semalam. So bila dia orang semua dinner seperti biasa dalam jam 7:00 PM, aku tak makan. Tapi jam 10:00 PM aku buka tudung saji dengan harapan semua lauk dah langsai. alamak! Kenapa masih ada sikit lagi gulai lemak ketam ni? Dan ada tiga ketul lengan ketam lagi! Ikan cencaru bakar masih ada sikit bahagian ekor. Air asam pun cukup-cukup.

“Kalau-kalau abang nak makan gak… Mana le tahu…” Permaisuri explain dalam nada sinis. Well… tiga pinggan lagi nasi malam tadi. At 10:00 PM! Adoi laaa…

Pros dan Cons

Posted in Feminin, Quips, Santap on 25 November 2011 by Najwa Aiman

Aku biasa hantar orang pergi berkursus ke merata-rata termasuk overseas tapi aku sendiri jarang berkursus. Bukan tak suka, tapi cuba nak kontrol diri. Sebabnya, kalau berkursus kat luar ni, biasanya mesti aku akan belasah benda-benda macam ni—

Dan perkara-perkara macam ni—

Tapi kadang-kadang kena kontrol daripada kedua-dua perkara makanan dan awex macam di atas tu serentak macam ni—

Aharks…!

Kepada Datuk Seri

Posted in Gomen, Sosial on 22 November 2011 by Najwa Aiman

YAB Datuk Seri,

Tahun lepas Harimau Malaya kalah bertarung tapi menang berperang, ada cuti.

Tahun ni menang bertarung dan menang berperang. Tak ada cuti ke? Double cuti may be…? Sebab menang kedua-duanya. Pleeeeeaaaassse…! Nak undi ni… Nak undi ni…

Tengkiyu I luv u too (kalau ada double cuti).

Yang ikhlas,
~Pencinta Malaysia~

TaHnIaH MaLaYsIa! TeRiMa KaSiH HaRiMaU!

Bukan Senang Nak Cari Pekerja

Posted in Sosial on 21 November 2011 by Najwa Aiman

Tetiba dapat peluang pergi ke career fair semalam. Eh kejap… Peluang? Mmm… Ya ke peluang? Apa-apa ajelah… Anyways, semalam aku ke BN Job Fair. “BN” tu “Barisan Nasional” kut? Tak mungkin Berita Nasional sebab ada Khairy Jamaluddin dan PM Najib datang. Dia orang tak sempat nak jumpa aku sebab dia orang sibuk sangat semalam… eheks!

Pendapat aku yang berpendapatan tak seberapa ni sebab banyak dah dirompak oleh LHDN ialah, tak banyak sangat majikan yang turut serta. Barangkali kita memang dah ada network yang bagus untuk cari pekerja. Atau sebab majikan ada sistem tapisan yang bagus untuk ambil pekerja. apa-apa ajelah.

Tapi best sebab ada ATM. Bukan mesin duit tu. Angkatan Tentera Malaysia. Best! Ada display senjata lagi. Bazooka pun ada. Wow! Dan sportingnya anggota tentera kita sebab boleh ambil gambar tanpa merungut pun. Dalam berbagai posing yang kita minta. Nasib baik Mr. Bean tak ada. Kalau tak habis dihiasnya dengan bunga-bunga plastik kat tubuh badan askar-askar kita kan? Kan?

Dan ofkoz, aku pun naklah juga merasa bergambar dengan abang pejuang pembela negara kita weh!

Sunathon – Boleh Makan Ayam Tak?

Posted in Famili, Perubatan on 19 November 2011 by Najwa Aiman

Permaisuri dan aku taklah bersungguh sangat sebab Azizy ni kiranya masih kecil sangat lagi, tapi dia sendiri yang bersungguh-sungguh nak berkhatan juga tahun ni. Kenapa? Sebab dia nak jadi tinggi macam Aiman, katanya. Hmmm… Apa dia fikir aku ni tak bersunat ke? Cet…! Memang pun Aiman tu tinggi macam galah. Aku berdiri sebelah dia nampak macam adik dia je.

Maka Azizy pun masuk program Sunathon masjid kawasan rumah ni. 35 orang berkhatan, kata AJK. 7 orang setiap group. Diketuai oleh Profesor yang dibantu oleh pelajar-pelajar dia. Majoriti pelajar perempuan. Maknanya in the future majoriti doktor ialah wanita. In the future aku pun tua dan banyak penyakit dan dia orang ni yang akan rawat aku kan? Kan? Kan?

Ada pula acara ucapan oleh VIP YB dalam acara sunat ni. Lantaklah. Lepas tu ada acara sembur bebudak ni dengan air sejuk. Nak bagi kote kecut agaknya ek bak kata pye:rudz. Lepas tu kena tukar baju, pakai kain pelikat dan t-shirt yang pihak masjid hadiahkan, dan tunggu giliran. Azizy dapat masuk group pertama.

Dalam bilik khatan yang besar dan penuh dengan pelajar perubatan majoriti perempuan tu, aku temankan Azizy. Comel gak student yang attend Azizy ni. Kedua-duanya dok melayan Azizy nak alih perhatian dia. Dan tak sudah-sudah dok sebut pasal betapa lentiknya bulu mata Azizy. Bulu mata aku dia orang tak komen pun. Ada sorang lagi berbangsa India dok sibuk ke hulu ke hilir yang muka dia sebiji macam Jaclyn Victor versi kecil, kurus sikit dan lebih comel. Mmm… Tapi dia mengaku dia tak ada kena mengena dengan Jaclyn Victor.

Azizy selamba tak menangis sejak dari kena inject dengan bius sampailah ke proses memotong hingga ke proses jahitan yang ke empat. Masuk jahitan ke lima dia dah tak boleh nak tahan air mata yang sejak tadi bertakung. Masuk jahitan ke enam suara dia dah keluar sikit. Tak apa Azizy… lepas ni boleh jadi tinggi macam Aiman.

Selesai dah satu lagi perkara. Lepas ni mesti Permaisuri dan aku tak cukup tidur kalau tengah malam dia memekik sakit. Harapnya tidak. Sempat sembang dengan pelajar medicine yang comel tu pasal menu makan Azizy dalam tempoh nak sembuh. Boleh makan ayam ke? Kata awek comel tu, kalau boleh elakkan makan benda-benda yang gatal. Agaknya dia takut nanti Azizy jadi macam aku — asyik menggatal… aiyaaarrrkkksss…!

Mumtaz? Siapa Tu?

Posted in Famili, Pendidikan on 17 November 2011 by Najwa Aiman

Aku nak minta maaf bebanyak kalau-kalau ada antara kalian yang terpaksa mencarut-carut kepada sebuah van hijau yang kurang hajau di jalan raya antara PBD dan PJ antara jam 11:30 AM dan 11:45 AM ek… Mungkin yang pegang stereng van bongok tu ialah aku… ohhh… Hari tu memang aku memandu sesekejap macam drebar rally, sesekejap macam drebar F1, sesekejap macam drebar lori, tapi kesemuanya macam drebar tak siuman. Bila tiba di sekolah kebangsaan Aiman, Permaisuri dah ada kat. Dia pun menjadi pemandu buli dari ofis dia tadi, katanya, dan dah tiba hampir sejam lebih awal daripada aku dari Subang Jaya.

Dewan teramat penuh semasa dia tiba tadi, katanya, sampai tak ada tempat duduk kosong langsung. Sepatutnya acara penyerahan duit RM100 dulu diikuti keputusan UPSR. Menunggu YB sebagai jemputan VIP yang tak kunjung tiba sebab sibuk teramat sampai terlupa tentang jadual nak hadir ke sebuah sekolah kecil barangkali, lantas Guru Besar mulakan dulu majlis menyerahkan duit RM100. Penyerahan slip keputusan UPSR ditangguh dulu sampai YB datang.

Tapi sebab YB tak kunjung jelma sampai ke sudah, penyerahan keputusan UPSR terpaksa dimulakan juga. Dewan tu dah macam bebudak universiti selesai final year. Kosong teramat. Mak bapak semua dah hilang. Siapa nak tolong pegang dan simpan dengan selamat slip keputusan UPSR anak-anak dia orang tu?

Alhamdulillah dan tahniah buat Aiman. Tak tahu macam mana dia di peringkat menengah nanti tapi Permaisuri memang gembira dan bahagia teramat. Jelas dari rias wajah dia yang tak menjemukan aku tu. Kami ke sekolah agama pula tapi Guru Besar kata petang nanti baru keputusan akan diserahkan kepada murid-murid, tapi dia setuju nak bagi tahu kami keputusan Aiman dengan syarat mesti dirahsiakan supaya tak spoil surprise dan suspens Aiman dan kengkawan dia petang nanti. Aiman dapat Mumtaz. Mumtaz? Siapa tu?

“Mumtaz tu kalau di sekolah kebangsaan kira-kiranya macam 5A jugalah,” Guru Besar yang baik hati dan lemah lembut tu explain. Ooo… Aku dulu manalah ada masuk sekolah rendah agama macam bebudak sekarang… Kalau tak mesti aku ni tergolong dalam golongan AJK masjid setiap tahun tau! Kan? Kan? Bukan ke? Ke? Aharks…

The… Something… Old Days…

Posted in Budaya, Nostalgia, Sosial on 16 November 2011 by Najwa Aiman

Zaman beredar sebab manusia berubah, kan? Kan? Berubah cara hidup, ideologi, citarasa, budaya, bla bla bla… Kan? Sebab tu zaman boleh beredar, kan? Tadi aku pergi sekolah Aiman untuk Hari Anugerah Kecemerlangan. Zaman aku dulu, dipanggil Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah. Macam biasa, bebudak sekolah disuruh buat persembahan.

Zaman aku sekolah dulu, di sekolah yang sama ni juga, acaranya sama. Ada persembahan daripada murid-murid. Tapi dalam kepala aku asyik dok banding dengan zaman aku dulu, di sekolah yang sama ni juga. Persembahan bebudak ni sekarang semuanya tarian yang semua movement lebih kurang sama diiringi lagu yang dipasang dari CD.

Dulu-dulu, kami ada tarian dari pelbagai genre, budaya dan resam. Kami ada sketsa. Ada lakonan. Ada nyanyian solo dan koir yang diiringi live band yang dimainkan oleh para cikgu dan staf sekolah. Ada persembahan murid-murid bermain alat muzik.

Dan zaman sekarang rata-rata murid-murid perempuan hampir semuanya bertudung, kan? Mudah sungguh nak tengok orang perempuan tua muda kecil besar dewasa bebudak baligh mummaiz semua bertudung sekarang ni. Zaman aku dulu, kalau ternampak sorang awek pakai tudung kat tepi bus stop pun dah boleh jadi topik sembang kecoh seluruh kampung selama dua minggu berturut-turut. Maknanya apa ya? Kesedaran agama tentang aurat dah jitu sekarang ni ek? Mungkinlah kut kan? Dulu ada cerita orang buang bayi dalam tong sampah tak…?