Arkib untuk 8 November 2011

Rahmat Aidiladha

Posted in Famili on 8 November 2011 by Najwa Aiman

Tahun ni Aidiladha kat Sungai Petani. Bandar nostalgik betalah. Sebab? Kat sinilah Tok Kadi goncang tangan aku… eheks… Tetapi sepanjang kat situ tak rasa macam baru menikah. Bendera merah. Maka bila berpeluang balik Sungai Petani setahun sekali, biasanya kami mesti dapat bilik yang dulu jadi bilik pengantin kita orang. Lantas… ehem… Aku bayar hutanglah. Qadha… Qadha hajat ek?

Dan Aidiladha tahun ni penuh rahmat barangkali ya? Hujan turun sepanjang hujung minggu tu. Acara korban dibuat pada Aidiladha kedua. Pun hujan gak masa tu. Awal paginya lebat, kemudian renyai. Menjelang tengah hari, hujan semula. Dari Jumaat malam Sabtu jam 2:30 pagi aku kami ke Sungai Petani, sampailah pada hari berangkat kembali ke KL pada Selasa siang tadi, hujan turun menyuburkan bumi Sungai Petani. Alhamdulillah…

Dan Subuh Ahad di pagi raya, mandi bukan lagi sunat, tetapi wajib. Subuh Isnin pun… adoi laaa…