Rahmat Aidiladha

Tahun ni Aidiladha kat Sungai Petani. Bandar nostalgik betalah. Sebab? Kat sinilah Tok Kadi goncang tangan aku… eheks… Tetapi sepanjang kat situ tak rasa macam baru menikah. Bendera merah. Maka bila berpeluang balik Sungai Petani setahun sekali, biasanya kami mesti dapat bilik yang dulu jadi bilik pengantin kita orang. Lantas… ehem… Aku bayar hutanglah. Qadha… Qadha hajat ek?

Dan Aidiladha tahun ni penuh rahmat barangkali ya? Hujan turun sepanjang hujung minggu tu. Acara korban dibuat pada Aidiladha kedua. Pun hujan gak masa tu. Awal paginya lebat, kemudian renyai. Menjelang tengah hari, hujan semula. Dari Jumaat malam Sabtu jam 2:30 pagi aku kami ke Sungai Petani, sampailah pada hari berangkat kembali ke KL pada Selasa siang tadi, hujan turun menyuburkan bumi Sungai Petani. Alhamdulillah…

Dan Subuh Ahad di pagi raya, mandi bukan lagi sunat, tetapi wajib. Subuh Isnin pun… adoi laaa…

12 Respons to “Rahmat Aidiladha”

  1. mengada ngada….

    daku benci kao cik adzam….

  2. kulit kat kepala lembu pun dilapahnya, pergh! buat masak apa agaknya kulit lembu tu?

  3. selesaikan apa yang perlu sudah menjadi tanggungjawab… Hatta yg jenis “ada’qada’

    • Kebanyakan tanggungjawab tu ialah beban yang memberatkan. Sesetengahnya pula nikmat yang menyeronokkan. Yang tu kena tunaikan dengan sepenuh perasaan dan kepuasan! Aharks…!

  4. macam tak banyak orang yang mengerjakan korban

  5. ….bukak pintu rumah korban…bukak tv korban…bukak astro korban… bukak pancing korban…members club korban… bukak facebook korban… bukak twitter korban…bukak tag korban…bukak blog korban….khayal-khayal pun korban jugak……
    …aduuuu..du…du…du… wak nak demam lagi laaa…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: