Arkib untuk 10 November 2011

Dan Nilainya Amat Tinggi

Posted in Famili on 10 November 2011 by Najwa Aiman

30 haribulan Oktober hari tu Azizy jadi graduan comel… eheks…! Graduan dari tadika. Zaman aku dulu tak ada ni semua. Seronok tengok dia seronok walaupun aku tahu sangat yang dia tak tahu kenapa dan apa signifikasi dia dipakaikan jubah dan topi berekor tu. Come to think of it, aku pun tak tahu sebenarnya… ekekekekeke… aiyaaarrrkkksss…!

Dan tadi kami sambut ulang tahun Najwa juga. Sebab dia suka strawberry, maka Permaisuri tercinta belikan kek aiskrim strawberry. Bukan Najwa aje, Ayahanda dia ni pun suka banget! Balun…! Aharks…

Rugilah mereka yang dianugerahkan zuriat tapi dibuang bersepah-sepah merata-rata. They don’t know what they’re missing. Dan sesungguhnya zuriat tu ialah hasil perkongsian cinta kasih sayang yang amat tinggi nilainya dengan pasangan yang kepadanya kita berikan seluruh jiwa raga, dunia dan akhirat, dengan impian untuk bersama abadi hingga ke alam akhirat nanti, insyaAllah… Kan? Kan?  Bukan ke? Ke?

Ni yang rasa macam nak tambah zuriat ni… Tapi… Adoi laaa… traffic lights! Stop! Stop! Errr… Kilang beroperasi dengan strictly controlled environment! Aharks… Satu dah cukup bro. Satu dah habis kontang kuserahkan segala-galanya penuh rela. Ini hatiku, sayang. Hanya satu tu yang aku ada. Ambil dan simpan. Jagalah ia dengan cinta…