Terima Kasih Kerana Menghargai

Hujung minggu semalam hari Sabtu Permaisuri dan beta hadir majlis makan malam tahunan cawangan Gombak Boleh. Buat pertama kali setelah empat nak masuk lima tahun kat sini barulah ni kali pertama aku hadiri majlis annual dinner kompeni ni. Tu pun cawangan punya. Restoran Seri Melayu kat KL tu. Trafik macam lahanat, as expected. Nasib baik makanan semua lazat belaka. Dan aku pun dengan senang hati membiakkan lebih banyak lagi lemak dan daging… eheks…! Dan Permaisuri beta amat understanding as usual, tapi lebih manja unusual. Hmmm… Ada apa-apa ke…?

Esok harinya Ahad dan kami ke Sunway Lagoon. Duit tengah kering pun belasah gak. Sebab minggu depan Azizy nak dikhatankan. Nak jadi remaja ek? Permaisuri dan aku belum nak kisah lagi, dia pula yang beria-ia nak disunatkan. Mak aiii…! Berani…? Barangkali sebab dia tak faham lagi kut pengalaman yang nak dilalui sebenar-benarnya? Jangan hari tu nanti dia lintang-pukang lari sudah! Dah le dia lincah teramat. Aku pula bukannya larat lagi nak mengejar dah sekarang ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan sempurna dengan baik, insyaAllah…

Dan terima kasih kepada Permaisuri dan Putera Puteri beta yang buat aku merasa masih amat dihargai dalam dunia sementara ni. Hairan kenapa ada orang suka sepah-sepahkan zuriat merata-rata. Hargailah sesiapa saja yang dengan ikhlas dan untuk sepanjang hayat mereka meletakkan nilai yang amat tinggi pada diri kita… InsyaAllah…

10 Respons to “Terima Kasih Kerana Menghargai”

  1. Suka sangat. Kadang2 masa dengan anak2 lebih dengan menengking dan mengherdik. Kena peluk cium selalu sebab masa sekarang tak pernah cukup.

  2. jangan lupa pagi-pagi tu mandikan dia dengan air kolah yang sejuk! kasik kecut sikit kote tu hahaha

  3. kehkehkhe…
    komen pyerudz power… power!

  4. best la korang leh tengok anak anak tiap tiap hari….

    haha….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: